Wednesday 28 December 2011

Gelombang pilihan raya Perubatan- Malaysia- Mesir


Politik: Gelombang pilihan raya Perubatan- Malaysia- Mesir

Disediakan oleh: Mohd Nazrin bin Marzuki

          “Kebaikan yang tidak bersistem akan dikalahkan kebatilan yang bersistem”-Saidina Ali bin Abi Talib
Nidzom (sistem) menjadi salah satu entiti penting dalam pembinaan ketamadunan manusia dan kemajuan negara. Sesetengah pihak mungkin mengatakan skop kenegaraan terlalu besar untuk disentuh. Namun, sedarkah anda, pembinaan individu yang mapan juga berkehendak kepada sistem yang tersusun? Dalam kehidupan bermasyarakat,  sistem yang efisyen dan efektif amat diperlukan demi pembentukan masyarakat  yang  berkualiti.

           Persoalannya, adakah sistem itu bergerak dengan sendirinya? TIDAK. Perlu ada penggerak yang faham, sedia dan ikhlas dalam menggerakkan sesebuah sistem. Di situ letaknya kepentingan organisasi atau barisan kepimpinan untuk menjadi nadi penggerak utama dalam merancang dan melaksanakan intipati sistem agar mencapai matlamat yang dituju.
‘’!!!الشعب يريد إسقاط النظام’’
Mesir

          25 Januari 2011. Tarikh yang tidak asing lagi bagi penuntut ilmu di ardhul kinanah ini. Mesir dilanda tsunami kebangkitan rakyat menjatuhkan barisan kepimpinan yang korup dan merosakkan sistem. Fenomena ini terus merebak ke seluruh tanah arab. Libya, Syria, Jordan, Yaman, Bahrain. Semua berhajat kepada satu tujuan. Rakyat mahukan pengislahan sistem dilakukan kerana mereka melihat pemimpin mereka terlalu jauh menyimpang dari matlamat asal.
Penyakit wahan meresap ke dalam sanubari pemimpin ibarat barah malignan tahap ke-4. Mereka seolah-olah  bekerja untuk duit poket sendiri sehingga hak rakyat ditindas. Tiada rawatan melainkan ‘membuang’ barah tersebut dari terus menjadi pemerintah berkuku besi.  Itulah yang terjadi apabila pemimpin melupakan matlamat asal mereka seperti firman Allah SWT dalam kitabNya:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّه
]آل عمران:[110
          Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)  [Ali – Imran:110]
Bukan sahaja matlamat seorang pemimpin, malah seluruh umat Muhammad diseru untuk mengajak sekalian manusia menyembah Allah S.W.T. Itulah matlamat asal. Apabila dunia menjadi kiblat, maka rosaklah segalanya.

          Pemutihan sistem dilakukan dengan pelbagai cara. Pertumpahan darah, seperti yang berlaku di Libya. Di Mesir, rapat umum di medan Tahrir menjadi saksi penolakan rejim Husni Mubarak. Kepimpinan yang korup sudah dijatuhkan, kini tiba fatrah untuk melantik barisan kepimpinan baru untuk memerintah.



          Demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang memberikan hak kepada rakyat untuk memilih wakil mereka untuk menyuarakan suara mereka di peringkat nasional. Pilihan raya telus dan adil menjadi teras utama untuk pemilihan kepimpinan. Mesir mencatat sejarah baru pada 28 November 2011 yang lepas apabila kali pertama rakyatnya turun mengundi beramai-ramai setelah kejatuhan rejim Mubarak.

Malaysia

          Bahang pilihan raya juga mula dirasai di tanah air, Malaysia. Ura-ura mengatakan pilihan raya bakal berlangsung pada Mac 2012 tahun hadapan. Segalanya hanya menantikan pengumuman dari Dato’ Seri Najib Abd Razak. Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen ini menyaksikan warna warni dalam sejarah politiknya tersendiri. Rakyatnya  berkuasa menentukan corak dan aliran pemerintahan berdasarkan keputusan pilihan raya yang berlangsung lima tahun sekali atau apabila kerajaan memerintah mengumumkan pembubaran parlimen. Rakyat yang bijak akan memilih pemimpin yang paling layak untuk memacu negara ke arah kemajuan dari segenap aspek; ekonomi, pendidikan, sosial, rohani dan sebagainya. Bukan duniawi semata.

Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih?

Pilihanraya Jawatankuasa PERUBATAN 2012/2013

          Mahasiswa jurusan sains perubatan di Mesir juga tidak terlepas dari amanah ini. Pada 29 Disember 2011 nanti, seluruh warga PERUBATAN Mesir akan berbondong-bondong turun untuk membuang undi memilih pimpinan yang paling layak untuk menerajui dan meneruskan kesinambungan PERUBATAN yang bakal mencecah 10 tahun usianya pada tahun hadapan. PERUBATAN bukan lagi bayi yang baru lahir. 10 tahun menjadi saksi PERUBATAN menjadi tunjang kesatuan mahasiswa sains perubatan di Mesir ini. PERUBATAN  terus  menjadi  wadah  menyalurkan kebajikan kepada ahlinya.

          Amat malang seandainya ahlinya masih belum sedar kepentingan menjadi tulang belakang mondokong PERUBATAN, menjadi barisan hadapan memimpin PERUBATAN. Bertambah malang andai ada ahlinya, menolak amanah untuk mengundi dan memilih insan yang akan menerajui PERUBATAN.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :

“Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu : apabila berkata ia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari dan bila diberi amanah ia khianati.” (HR.Bukhari dan Muslim)

          Islam memacu setiap gerak geri umatnya. Hatta dalam pemilihan pemimpin, ciri-ciri pemimpin, cara mentadbir sesebuah negara juga sudah dipahat lengkap di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah. Terserah kepada kita, untuk beramal ataupun tidak. Yang pasti, percaturan Allah adalah yang terbaik buat makhluk yang diciptakanNya.



Marilah tunaikan amanah. Marilah mengundi. Pamerkan sokongan anda, maknakan keberadaan anda.

Gen08  warga prihatin dan amanah!

Sunday 25 December 2011

Igauan ngeri?? :-/

‘PUBLIC HEALTH & COMMUNITY MEDICINE’: IGAUAN NGERI??
Disediakan oleh : Zuriati Afifah binti mohamad


 

Pelajar A : Arrgh..bosan lah belajar commed ni.
Pelajar B : Hurm, banyaknya nak kena baca..alamak, sempat ke nak ‘cover’ semua topik ni?
Pelajar C : Penatnya round kali ni, hampir setiap hari balik lewat dari kuliah.

Itulah sebahagian respon-respon yang diberikan apabila ditanyakan tentang subjek untuk ‘round’ kali ini.
Apa kata, kita tanyakan pendapat senior-senior tentang subjek commed. Mari ikuti temu ramah bersama Kak Izzah Mohd Nathir.

Q: Selalunya ada yang kata, commed ni boring, banyak la nak kena baca dan macam-macam lagi. Bagi akak pula macam mana? Apakah pandangan akak terhadap subjek ni?


> Bismillah.. erm, samalah macam korang. Kami dulu pun macam tu jugak, buku yang sangat psiko, tak faham apa yang nak diajar dalam commed ni sebab rasanya asyik belajar benda-benda skema je. Tapi, bila dah belajar banyak, baru macam boleh rasa sebenarnya yang kita belajar tentang commed ni bersifat ‘preventive’ bukan ‘curative’.

Q: Bagaimanakah cara belajar  subjek commed yang paling berkesan yang akak gunakan? Atau cadangan akak tentang cara belajar commed?


> Err, akak tak reti sangat nak cakap cara berkesan ke apa, sebab cara belajar masing-masing lain-lain. Cumanya, akak kongsilah lebih kurang macam muhasabah la. Sebab dah nak habis commed baru tercari-cari macam mana nak study benda yang banyak dan selalu tertukar-tukar. Kena pastikan bahawa korang tahu apa yang penting dalam commed.  Contoh, PHC and the gang tu extremely important sebab ia pekara teras dalam commed. Hafal definition, principles dan semua tu like your name..;p Tu pun soalan oral yang biasa ditanya juga.

> Epidemiology juga sangat penting. Tapi, kita ni belajar preventive medicine, so ada items seperti  mode of transmission dan vaccines yang sangat sangatlah penting. Batch kitorang dulu ada buat table comparison. Kalau nak guna yang tu, guna dari awal lagi.


Q: Boleh akak bagi panduan berkenaan ‘Oral exam’ untuk subjek ni? Soalan-soalan yang biasa ditanya dalam oral? Bagaimana exam ni akan dijalankan?


> Seingat akak, untuk end round exam, kena hantar buku practical yang kita tulis report tu, ada markah ya, dan untuk visit pun ada markah.  Kehadiran tu penting,ada markah juga. Selepas itu ada oral exam sikit (ringkas-ringkas je). Tapi, oral ni atas nasib la but mostly cover pasal isi kandungan visit; apa yang korang dapat dan tengok serta komen sikit-sikit.
> Berkenaan oral exam untuk final. Macam oral exam biasa. Rujuk medadteam collection oral Questions. Sangat membantu.

Q: Bagaimana cara yang akak gunakan untuk mengingat fakta-fakta yang sangat banyak dalam subjek commed?

 
> Kalau epidemiology, penggunaan table sangat membantu sebab sangat banyak vaksin dan pelbagai jenis MOT, kalau gunakan perbandingan, jelas sikit. Kalau untuk health care, cuba kaitkan pengalaman visit dengan fakta-fakta dalam buku tu. Insya-Allah, membantu juga. Pastu, akak ada juga rujuk mnemonic yang kawan-kawan arab buat. Selalulah buka medadteam.org tu. Banyak benda dalam tu yang memudahkan.

Q: Bagaimanakah akak menjadikan subjek commed ni sbg sesuatu yg seronok untuk dipelajari?

 
> Macam biasa, dah nak habis round baru rasa seronok juga commed ni sebenarnya..=)

Q: Adakah akak gunakan mana-mana nota untuk subjek ni? Bentuk nota yang bagaimanakah yang akak gunakan?


> Adalah satu nota yang akak buat untuk statistic and cohort serta case study kalau tak silap sebab ayat buku berbelit dan bersambung-sambung sampai banyak muka surat sangat.. Itu jelah. Yang lain takde. Tapi, bergantung kepada masing-masing. Kalau buat nota boleh cepat ingat, silakan. Ada kawan-kawan akak buat nota kecil, tulis fakta-fakta penting seperti element PHC, causes yang ringkas supaya selalu tengok dan mudah ingat. Commed ni kita baca memang faham, tapi, nak ingat susah.

Q: Apakah pengalaman menarik / keseronokan yang mungkin akak tak dapat lupakan sepanjang akak mengikuti kelas commed (mungkin drpd visit ke)?

 
> Haha. Maybe kelas kitorang selalu buat jamuan kat kelas dan menjadikan suasana seronok. Visitlah best!

Q: Mungkin akak nak bagi nasihat sikit untuk junior-junior seperti kami ni supaya jangan anggap subjek yang kita belajar ni (commed) sia-sia? Bagaimanakah akak mengaplikasikan apa yg akak belajar drp subjek ni dlm kehidupan seharian? Cth: drpd chapter,nutrion..

 
> Tiada benda atas dunia ni sia-sia. Sewaktu belajar commed ni kita jadi berfikir jauh sikit, tengok realiti masyarakat kita sebenarnya. Dari commed ni banyak perkara baru yang kita tahu seperti sistem kesihatan. Contoh; PHC tu seperti klinik desa di Malaysia. Benda yang kita belajar dalam commed ni memang rasa macam general knowledge, yelah, belajar pasal pollution, prevention of cancer la, benda common, tapi, banyak je perkara yang baru kita belajar daripada subjek commed yang kita belum tahu sebelum ni.

Q: Akhir sekali ,apakah harapan akak untuk kami? 

 
> Erm, mungkin bila dah mula belajar subjek ENT dan ophthal, korang rasa lebih kedoktoran di situ. Dah jumpa pesakit, dah kena ambil history and belajar present case, tengok benda yang baru. Nanti juga dah boleh masuk OT, tengok operation dan macam-macam lagi, lagi seronok! Dan korang akan rasa lebih bersyukur sebab Allah bagi kita banyak sangat nikmat terutamanya bab kesihatan.


> Betulkan niat belajar. Untuk apa kita belajar sebenarnya. Belajar sungguh-sungguh untuk setiap round, sebab bila dah habis belajar,contohnya untuk ENT dan opthal, takkan diulang lagi dah. Itulah yang akan digunakan sewaktu kerja nanti. Bila dapat peluang tu, gunakan sebaiknya sama ada dengan pesakit atau sebagainya.


> Ramai yang kata tahun 4 ni relax. Ya, mungkin relax sewaktu round ENT sebab kelas hanya 3 hari seminggu (tahun lepas). Tapi, berhati-hatilah dengan nikmat masa lapang. 


> Nanti dah masuk round ENT, masa banyak, jadi kalau boleh, cuba cover sikit subjek forensic dan commed. ( takut tak sempat nak baca sebelum final exam).
Allahua’lam.

Terima kasih atas perkongsian akak yang sangat membantu, insya-Allah. Semoga Allah sentiasa merahmati akak.


Apa kata senior-senior lain tentang commed??

[ Kena baca dan fahamkan betul-betul...tak perlu hafal betul-betul sama seperti yang ada dalam buku..tapip bagi ada idea..hafal keywords..insya-Allah korang boleh~ ]
-    Mujahidah

[ Jangan ponteng kelas! Attendance sangat penting. Kalau malas sangat nak pergi lecture, make sure pergi pre and post visit. Semua visit kena pergi tapi tak tahu la batch korang tahun ni macam mana. Kena skor betul-betul untuk end round exam. Sewaktu final exam, pastikan kita tahu apa yang penting dan selalu diberi penekanan oleh doctor. ]
-Hidayah

[It’s actually an easy subject. You have learnt almost all of the topics before. The only difference is in the presentation & organization of the topics. They organized it, from Public Health point of view, as if you are the health director of the district.
Just have a clear big picture or big skeleton of the subject, and you are done. The details are in your mind, from basic sciences, microbiology, and so forth. ]
-Ahmad Ibrahim Yahaya

[ Selalu pujuk diri minat dengan subjek ni..prepare hafal certain bab awal-awal before exam final sebab silibus terlalu banyak. ]
-*****

[ Subjek ni tidak dapat tidak, memang kena minat la. Tapi ada banyak topik dalam commed yang pernah dipelajari waktu third year dulu seperti yang dipelajari dalam subjek mikrob.
Untuk statistic, cuba untuk faham. Kalau susah, paksa diri juga. Insya-Allah boleh.]
-Fathiyyah

[ Fokus kepada past years Questions. =D ]
-Fantasia








Ijazah dalam bidang kesihatan awam


          Sekolah kesihatan awam menawarkan pelbagai darjah yang umumnya terbahagi kepada dua kategori: profesional atau akademik. Dua darjah profesional pascasiswazah yang utama ialah Sarjana Kesihatan Awam (MPH) atau Ijazah Sarjana Sains Kesihatan Awam (MSPH). Kajian Doktor Falsafah dalam bidang ini termasuk Doktor Kesihatan Awam (DrPH) dan Doktor Falsafah (PhD) dalam subspeciality disiplin Kesihatan Awam yang lebih besar. DrPH dianggap sebagai ijazah kepimpinan profesional dan PhD adalah lebih ijazah akademik.

          Ijazah profesional berorientasikan ke arah amalan dalam tetapan kesihatan awam. Sarjana Kesihatan Awam, Doktor Kesihatan Awam, Doktor Sains Kesihatan (DHSc) dan Sarjana Pentadbiran Health Care adalah contoh yang menjurus ke arah orang-orang yang mahukan kerjaya sebagai pengamal kesihatan awam di jabatan-jabatan kesihatan,organisasi yang berasaskan masyarakat, hospital dan syarikat perunding. Ijazah Sarjana Kesihatan Awam secara umumnya terbahagi kepada dua kategori; kumpulan yang meletakkan penekanan yang lebih pada pemahaman epidemiologi dan statistik sebagai asas saintifik amalan kesihatan awam dan kumpulan yang memasukkan pelbagai metodologi yang lebih eklektik. Sarjana Sains Kesihatan Awam adalah sama seperti MPH tetapi dianggap ijazah akademik (bertentangan dengan ijazah profesional) dan memberi penekanan yang lebih kepada kaedah kuantitatif dan penyelidikan. Perbezaan yang sama boleh dibuat antara DrPH dan DHSc. DrPH dianggap sebagai ijazah profesional dan DHSc adalah ijazah akademik.

          Ijazah akademik adalah lebih tertumpu kepada mereka yang mempunyai kepentingan dalam dasar saintifik kesihatan awam dan perubatan pencegahan yang ingin meneruskan kerjaya dalam penyelidikan, universiti yang menawarkan program-program siswazah, analisis dasar dan pembangunan, serta lain-lain jawatan kesihatan awam peringkat tinggi. Contoh ijazah akademik ialah Sarjana Sains, Doktor Falsafah, Doktor Sains (SCD), dan Doktor Sains Kesihatan (DHSc). Program-program kedoktoran adalah berbeza dari MPH dan lain-lain program profesional dengan penambahan kursus lanjutan dan sifat dan skop projek penyelidikan.



Tuesday 20 December 2011

Memaknai sebuah kehidupan


Basikal: memaknai sebuah kehidupan


‘Life is like riding a bicycle, to keep balance, you must keep moving’  -Albert Einstein

‘Eh, esok nak pergi main basikal, macam kena sahaja kata-kata hikmah ini’.

          Detik hatiku, tersenyum sendirian  saat membaca kata-kata yang tersemat kemas di meja belajar sahabatku. Dan ini bukanlah satu kebetulan. Mana ada kebetulan dalam hidup ini, melainkan semuanya takdir belaka. Ya, takdirNya menetapkan aku terbaca akan kata-kata itu tepat pada masanya yang aku sendiri  akan mengayuh basikal pada keesokkan harinya. Kata-kata yang terkesan di hati. Boleh jadi aku terbaca pada waktu lain, tetapi mungkin kesannya tidak sama. Mungkin baca, mungkin tidak, mungkin pandang sebelah mata sahaja.

           Teringat akan peringatan dari seorang sahabat, alquran juga seperti itu, ayat demi ayat kalau tidak terkesan di hati, maknanya kita masih tidak meletakkan diri pada ayat tersebut. Kalau ayat memanggil ‘wahai orang-orang beriman…’, kita menyahut atau tidak? Kalau ayat tengah berbicara tentang kiamat, maka di manakah kita saat itu? Dan apabila ayat mengetengahkan soal akhlak, maka sudah terbina rapikah akhlak itu dalam diri?  Semuanya akan terkesan apabila sesuatu itu ada terkaitnya dengan kita , sama seperti basikal seperti yang aku sebut di awal tadi. Asal ada sahaja yang berkaitan basikal, pasti hati melonjak. Lagaknya aku ini seperti budak kecil pula.

          Keesokkan harinya, aku bangkit dengan perasaan yang lain dari kebiasaaan hari,  kebiasaan hari yang mana awal pagi lagi fikiran sudah tertumpu pada buku dan agenda seharian yang sungguh rutin iaitu pergi dan pulang dari kuliah. Namun pagi itu, terasa penuh semangat, segar dan  terasa diri bernafas semula setelah lama tenggelam dek buku. Itulah realiti kehidupan sebagai kehidupan seorang pelajar, apatah lagi di bidang perubatan. Setiap hari aku cuba untuk mencari sesuatu kelainan supaya lari dari rutin dan kali ini aku akan berbasikal di kota yang padat, Kaherah. Pastinya perasaannya tidak sama apabila berbasikal dengan tenang dipersisiran pantai yang mengasikkan dan ditemani deruan ombak. Maka aku tersenyum sendirian membayangkan berduyun-duyun basikal bakal membanjiri kota  dan menambahkan lagi kesesakan yang sememangnya itulah sifat kota ini. 

          Pagi itu, pagi yang dingin sekali, apatah lagi saat ini musim sejuk. Awal pagi lagi sudah kelihatan mereka yang berpakaian sukan berkumpul dihadapan café, bertentangan dengan bangunan anatomy. Agak jarang aku menyaksikan  keadaan yang sedemikian rupa, mungkin kehidupan orang Mesir yang kurang beriadah tidak seperti di negara kita. Maka pagi itu , siapa-siapa yang berpakaian sukan, sangkaanku pasti mereka adalah peserta aktiviti berbasikal juga, seperti aku. Aktiviti berbasikal pada hari itu merupakan kali ke empat dianjurkan oleh Kaybe, sebuah persatuan di universiti kami.  Apabila ditanya kepada penganjur kenapa mesti berbasikal. Jawapannya mudah, ‘kita mencari persamaan di kalangan kebanyakan pelajar iaitu berbasikal’. Betul juga. Kalau aktiviti lain yang diadakan, sudah tentu memerlukan kemahiran mahupun peralatan tambahan dan itu mungkin kekurangan untuk aku. 

          Semua siap sedia dengan basikal masing-masing, sedia mengayuh ribuan pusingan roda. Arahan disampaikan dalam bahasa arab, agak terkulat-kulat aku mencari kata kunci dari apa yang dikatakan panganjur, betapa penguasaan bahasa arab masih ditahap yang belum memuaskan. Namun secara keseluruhannya penganjur mengingatkan peserta akan keselamatan. Selesai sahaja arahan disampaikan, bermulalah acara berbasikal di awal pagi bersama kesibukan orang awam yang rata-rata saat itu mahu ke pejabat mahupun sekolah. 

         Permulaan yang membuatkan aku berfikir sejenak, sambil kaki ligat terus mengayuh sambil mengimbangkan basikal. Berfikir kerana apa sebenarnya aku berbasikal tika itu? Jika difikirkan logik, hanya dapat penat. Bahkan sakit otot, terkejut mungkin setelah lama tidak aktif bersukan. Kalau hanya kerana seronok-seronok tanpa niat yang jelas, rugilah. Sedangkan niat boleh dipelbagaikan, lalu Dia menghitung setiap satunya. Subhanallah dan Dia Yang Maha Pemurah, tidak rugi sedikit pun walau kita menyatakan deretan niat. Tinggal nak buat sahaja.

        Kayuh. Kayuh. Kayuhan demi kayuhan dihayati. ‘Kehidupan itu seperti menaiki basikal, untuk mengimbanginya, perlu terus mengayuh’. Terngiang-ngiang pula kata-kata Albert Einstein dalam fikiranku.  Maka aku terus mengayuh. Kehidupan sememangnya punya atas dan bawah, punya tawa dan tangisan, punya suka dan duka. Itulah hakikat sebuah kehidupan. Susah payah tetap diharungi. Kadang-kala terasa penat dengan kehidupan, letih menggapai impian, lelah menghadapi cabaran, namun itulah dunia. Mahu tidak mahu , harus diteruskan ,sesusah mana, sepayah mana sekalipun.  Dunia yang sememangnya tempat berpenat-penat kerana syurgalah tempat berehat yang abadi. Dan syurgalah tempat bertemu denganNya. Maka motivasi apa lagi yang kita mahukan? Tidak aku nyatakan tentang lawan kepada syurga, iaitu neraka kerana aku yakin semua dari kita memohon dihindarkan darinya. Maka ayuh beramal dengan amalan ahli syurga!

        Menyusuri tepian Nil, menuju Maadi. Itulah perjalanan berbasikal kami yang memakan hampir 4jam pergi dan balik. Ada tempat tujuan, maka perjalanan mudah. Tidak terpinga-pinga, tidak tertanya-tanya. Seperti itu jua Dia menetapkan tujuan kehidupan kita sebagai ‘abid dan khalifah di dunia ini, supaya hambaNya tidak terpinga-pinga ‘eh , kenapa aku dekat dunia??’. 

        Aku teringat, pada mulanya penganjur mengingatkan untuk bergerak secara pasangan, namun keadaan lalu lintas di mesir seperti yang sedia maklum ‘zahmah’nya  tidak mengizinkan. Lalu aku bertemankan Nil yang mengalir sudah sekian lamanya. Langit dan awan juga tidak meninggalkan aku sendirian. Terasa sudah lama tidak memerhatikan langit. Langit yang tidak punya cela, sedikit pun tidak. Sekalipun jutaan kali menatapnya.

‘Wahai langit, sudah lama rupanya aku tidak menatap kamu, menatap dengan mata hati.
Jika dicari-cari celanya, pasti tidak akan bertemu walaupun berkali-kali mencuba.
Bahkan yang aku temui adalah keindahan demi keindahan, wahai langit.
Maka apatah lagi Dia yang menciptakanmu wahai langit,
sudah tentu Dia yang  terindah, Yang Maha Sempurna, subhanallah, subhanallah..’

“..Dan Dia yang Maha Perkasa, Maha Pengampun.
 Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.
 Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih.
Maka lihatlah sekali lagi,adakah kamu melihat sesuatu yang cacat?”
 (surah al-mulk:2-3)

Jalan rata, mahupun berlopak, naik turun bukit, liku-liku perjalanan aku lalui, dan mereka juga demikian. Seronok memang seronok, tetapi penat pun ya juga. Sebuah  pengalaman yang menarik dan mungkin ini adalah antara kenangan baik yang berbekas di hati, kalau pun tidak untuk orang lain, cukuplah untuk aku. Kadang kala definisi kehidupan kita sangat terikat dengan peredaran sekeliling. Mengalir bersama dengan peredaran dunia. Orang ini buat benda ini , kita pun ikut buat sama tetapi tidak tahu kenapa. Analoginya mudah; Abu makan banyak , lalu Ali pun ikut sama makan banyak tetapi Ali tidak tahu kenapa dia makan banyak, sedangkan si Abu makan banyak kerana BMInya diparas kurang  18.0. Ali tidak memaknai apa yang dia buat, sekadar ikut-ikut sahaja. Sama juga dalam apa jua situasi kita dalam seharian. Tidur kita, bangun kita, pelajaran kita, sekalipun bermain basikal,  untuk apa semua itu kalau sekadar ikut rutin sahaja tanpa memaknainya. Alhamdulillah, terima kasih basikal, kau telah buat aku berfikir untuk memaknai setiap apa yang aku buat, walaupun seremeh-remeh perkara yang mungkin kecil di mata aku, namun disisiNya mudah-mudahan Dia menerima amalan aku dan kita semua.



 Disediakan oleh: Farah Ain binti Nordin





Saturday 17 December 2011

Teaser



 Something is Coming

Coming right next to you


and



Wait for it.






























Thursday 15 December 2011

Buatmu Mawar Berduri


Wanita: perhiasan duniawi?

Disediakan oleh: Hanan Suhaila binti Uzir

Buat Mawar Berduri sekalian
Satu hari di hari biasa,

“You must be the best doctor, study really hard, so that the world will realize how much they need you, not just to add to the number of doctors only!'' kata kakak jururawat dengan adrenaline yang tinggi semasa kursus kerjaya dulu.

Neuron-neuron yang sewaktu dengan penulis pasti akan mencetuskan bahawasanya  itulah hambatan untuk kita menjadi pakar dalam bidang sendiri.

Mungkin ramai yang beranggapan  pakar dalam bidang sendiri yang dinyatakan selang seperenggan yang lalu merujuk kepada ,

''Jadilah pakar O& G.Kaum kita perlukan kita!''  ATAU

''Ana nak jadi 'peadriatrician'lah, senang.... Lagipun, ana suka sangat 'baby'.Comel!''

Tapi,tunggu sebentar!

Bukanlah sekadar itu kita menghadkan diri kita  yang Allah kurniakan 95% ATP ini ,untuk  menjadi pakar dalam  bidang kerjaya sahaja.Malah, kedua-dua 'cerebral hemisphere' kita perlu memahami bahawa LA BUDDA(wajib) , kita ,muslimah zaman ini menjadi orang yang tahu lagi arif tentang diri kita sendiri, muslimah pasca moden . Tahu serba serbi, segala-galanya !Termasuklah 'uniform-uniform' yang telah ditetapkan Islam kepada kaum Hawa.

__________________________________________________

'Hiasan dunia ' : Kaca atau Permata

Seorang muslimah   yang mempunyai budi  dan jati diri yang tinggi akan dapat membezakan  dirinya dari perempuan biasa. Budi perempuan muslimah ialah pandai menjaga diri, tunduk, terhormat dan pemalu.Maka, jadilah dia permata itu!

Berbeza dengan perempuan biasa, moralnya senang menunjuk-nunjukkan perhiasannya (tabarruj) dan suka menarik perhatian kaum yang ber'kromosom' Y. Ibarat kaca, dari jauh berkilauan sinarannya, semakin didekati semakin luput sinaran itu .

Erti tabarruj (berhias)  adalah: membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Mahligai disebut buruj seperti ayat yang mengatakan burujim musyyadah, tempat perjalanan bintang juga disebut buruj, kerana tingginya dan dilihat dengan jelas oleh orang-orang yang melihatnya.

Ulama berkata,"Bahwa tabarruj(berhias) itu ialah memaksa diri untuk membuka sesuatu yang seharusnya disembunyikan." Seperti kata orang Arab: safinatun barij (perahu yang tidak pakai atap).

Dalam mengertikan tabarruj ini, Zamakhsyari menggunakan unsur baru, yaitu: takalluf (memaksa) dan qashad (sengaja) untuk menampakkan sesuatu perhiasan yang seharusnya disembunyikan.

Sesuatu yang harus disembunyikan itu ada kalanya suatu tempat di badan, atau gerakan anggota, atau cara berkata dan berjalan, atau perhiasan yang biasa dipakai berhias oleh orang-orang perempuan dan lain-lain.

Tabarruj ini mempunyai bentuk dan corak yang bermacam-macam yang sudah dikenal oleh orang-orang  sejak zaman dahulu sehinggalah sekarang.

Ada yang mungkin sedar,ada yang mungkin  masih samar-samar atau ada yang mungkin masih tidak tahu.

Justeru,  sembunyikanlah lenggang lenggok itu, kurangkan tutur kata yang mengundang telinga dan mata lain untuk bersama, hiasilah diri antunna sekalian dengan bicara yang diredhai, langkah yang dirahmati, interaksi sosial yang terpuji serta yang dibatasi. Pendek kata, perbaikilah akhlak kita untuk menjadi hamba yang Rabbani!

__________________________________________________________________

Pimpinlah tanganku wahai sahabat

Sedarlah diri diawasi setiap kali mempersiapkan diri untuk keluar dari rumah kita.

Penjaga yang Maha Kuasa kita  berfirman di dalam surah al-An’am ayat 3,
وَهُوَ ٱللَّهُ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَفِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ يَعۡلَمُ سِرَّكُمۡ وَجَهۡرَكُمۡ وَيَعۡلَمُ مَا تَكۡسِبُون    َ

“Dan Allah (yang disembah) di langit dan di bumi, Dia Maha Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan dan Dia Maha Mengetahui setiap apa yang kamu kerjakan

Merasa diawasi bukan mudah, perasaan ini perlu dihadirkan dan ia tidak akan lahir sendiri tanpa disedari.
Wahai pemudi sekalian, sedarkah antunna sekalian, tidak cukup lagikah 'acetlycholine' yang dikurniakan? 'Sympathetic' dan 'parasympathetic'  diri sudah disedarkan.

Namun, masih ada yang masih tidak terjangkau 'threshold' sensitiviti ini. Kitalah, yang sedang membaca ini, menasihati sahabat-sahabat sebantal, sebilik, serumah, sekelas, sekuliah dan sewaktu dengannya. Nasihatilah dia tatkala dirinya tersalah.Hidupkanlah budaya ini dalam kalangan kita. Budaya 'tanassuh' (saling menasihati).Rasailah 'asphyxia'  dalam hembusan iman kita tatkala masih ada sahabat yang  terbiar (secara tidak sedar) dirinya keseorangan ,berterusan  dengan rutin harian yang tidak Allah redhai.
 "Agama adalah nasihat bagi Allah, bagi Rasul-Nya, untuk para pemimpin umat Islam dan untuk para orang awamnya." diriwayatkan oleh Al-Bukhari.

Saling menasihati di antara sesama muslim adalah kewajipan. Pemberian nasihat merupakan peringatan, dorongan dan pemberitahuan bahwa kita satu sasaran dan satu tujuan akhir.

        وَجَاء مِنْ َأْقصَى اْلمَدِينَةِ رَجُ ٌ ل يَسْعَى قَا َ ل يَا َقوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ ( 20 ) اتَّبِعُوا مَن لاَّ
( يَسَْألُكُمْ َأجْرًا وَهُم مُّهْتَدُو َ ن (21
20 - 21. “Lalu berseru: Wahai kaumku! Ikutilah para rasul, ikutilah mereka
yang tidak meminta dari kamu sebarang upah dan mereka pula adalah orang yang mendapat hidayat.”

Jadilah seperti rijal yas3a(  pemuda yang bersegera) seperti yang disebutkan di dalam  ayat 20 -21 Surah Yaasin di atas. Datangnya beliau, dari hujung bandar, tidak punya jawatan, nama, tidak popular, namun, hati nuraninya penuh dengan reseptor yang sensitif dengan keadaan sekelilingnya.Lantas, dia dengan penuh semangat menasihati mereka yang masih kurang reseptor-reseptor itu.

Hasan Al-Basri yang sedang duduk mendengar tazkirah dari seorang khatib  tidak dapat menghayati tazkirah itu, lantas berkata, " Samada hati AKU(yang mendengar/membaca) atau  hati KAMU(yang memberi
peringatan) mempunyai kekurangan ''.

Wallahu 'alam.

Friday 2 December 2011

Glow with the Flow 2011


Glow with flow tahun 4 2011

Disediakan oleh: Muamar Iskandar b Mohamed Yusoff

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, sudah 3 tahun kita berada di bumi anbiya’, bumi mesir ini. Dan sedar tak sedar, telah banyak pengalaman pahit, manis dan susah senang kita hadapi ketika berada di perantauan ini. Namun kegigihan dan ketabahan  serta kesabaran kita masih kuat untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan.

Sebagai seorang pelajar medik, fokus utama kita adalah akademik. Tahniah di ucapkan kepada semua yang berjaya dalam peperiksaan tahun 3 yang lepas. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, jangan mengalah dan teruskan berusaha. Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Bagi persediaan kita menghadapi tahun klinikal yang pertama iaitu tahun 4, PERUBATAN telah menganjurkan program ‘Glow With Flow’ bertujuan  bagi membantu para pelajar serta memberi gambaran awal mengenai pelajaran yang bakal dilalui oleh pelajar pada tahun tersebut.

Bagi pelajar tahun 4 Universtiti Kaherah, pada 23 oktober 2011, bertempat di markas PERUBATAN, program ini berjaya dilangsungkan dan mendapat kerjasama dari semua pelajar. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis saudara Muhammad b Rahimi. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian program oleh saudara Muhammad Azizul Hakim iaitu Exco BIKON.

Usai berucap, program Glow with flow bermula dan majlis dipengerusikan oleh moderator yang berpengalaman, saudara Muhammad Shamirul b Ahmad. Ahli panel yang dijemput adalah saudara Mohamd Saifuddin b. Ibrahim, saudari Effa Syuhadha bt. Hamzah, dan Mahfuzah bt Abdul Halim .

Saudari Mahfuzah bt Abdul Halim telah berjaya mengupas serba sedikit berkenaan subjek Forensic dan toxicology, subjek yang merupakan subjek pertama kita tahun ini.  Bak kata senior, subjek ni sama je macam korang tgok CSI. Memang tak dinafikan, forensic  and toxicology  adalah subjek di mana kita belajar mengenai cara-cara menyiasat kematian, punca kematian, kecederaan, tembakan, dadah, daun2 beracun dan sebagainya. 

Subjek Community Medicine pula telah dibincangkan oleh saudari Effa Syuhadha bt. Hamzah. Walaupun beliau adalah pelajar G2G, namun input serta perkongsian beliau amatlah bermanfaat. Community Medicine secara kesimpulannya adalah subjek yang membincangkan statistik penyakit dan cara-cara mengawalnya. Subjek ini tidak jauh bezanya seperti subjek parasit tahun lepas mengenai epidemiology, prevention and control.

Panel terakhir pula adalah saudara Mohamd Saifuddin b. Ibrahim yang telah membincangkan subjek ENT dan Opthalmology. Sebagai mana yang kita tahu, kedua-duanya adalah subjek klinikal pertama yang bakal kita pelajari sebagai pelajar medik. Tidak perlu diperkenalkan lagi subjek ini mengenai apa kerana saya yakin, setiap pelajar sudah tahu apa yang bakal kita belajar dalam subjek-subjek tersebut.

Akhir kata, dengan harapan,semoga apa yang telah disampaikan serta dikongsi oleh para senior kita dapat dijadikan sesesuatu yang berguna serta membantu kita dalam menghadapi tahun 4 ini. Walaupun ada orang kata tahun 4 ini tahun honeymoon, namun secara peribadi, dalam medik, tiada istilah honeymoon, kerana bagi saya honeymoon sebagai seorang  pelajar adalah apabila tamat pengajian dan berjaya membawa pulang segulung ijazah kepada kedua ibu bapa yang disayangi di tanah air. 

Surah Al-Insyirah, 
“maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” [ayat 5]
“sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” [ayat 6].

La takhaf wa la tahzan, Innallaha ma'ana.
Sekian terima kasih. Assalamualaikum
 




Monday 28 November 2011

It's monday and it's English Day


English? What a pain in the axe…

 English Day

Written by: Muhammad bin Rahimi

English day. I, among few others was pessimistic about this program. Not that I despise English speakers, it’s just that I didn’t think that people will actually commit to such a proposal.  Teachers already tried those stuff ever since we were 14 and it never worked unless certain punishments were involved. Students, clever as they were, knew the benefits but still they won’t cooperate. Why? The answer was simple, it’s among other reasons is because the fear of being judged by others was by far, way superior to the will for improvement. Students are concerned of other’s acceptance and what people might say about them.

                But few Mondays ago, I went to class and it was English day. With the same pessimistic thoughts I sat on the class bench when suddenly I heard a noise from the back, conversing in foreign tongue… it was English… Then the person to my right started to speak English, a broken one, he sounded silly but was still understandable. It was not so long that I started to realize almost everybody was speaking English. 

                These people seemed shameless ladies and gentlemen but guess what, that is exactly the attitude of excellence. They fear not of being judged by others. They realize what they were doing and what they were after. Shame in the other hand is the silent saboteur of success. Shame is something that you feel others felt towards you but in reality, they rarely do. Thus my friends, be smart, be shameless and grasp your confidence to speak in English. Do it together as you can write alone, read alone, but you can’t speak alone or you will be sent straight to the mental hospital.

                Do it to boost your confidence, increase your fluency, open opportunities and be successful not only as a world class doctor but more importantly as a person. This is achieved by exiting your comfort zone and in this case is to not speak Malay but speak English on Monday. Make a grammar mistake and don’t be shy about it because others make mistakes too, they just didn’t know about it yet. 

                Thus, in a nutshell, let us together support English day. Speak English, use any slang you feel comfortable speaking with, be it American, Australian, British, Malay or even Arabic English is fine as long as we at least try. So friends, be bold and don’t let your success roll. Speak English and may your confidence be unleashed. 

Video Promo English Day

Bencana alam: ibrahnya?

Bencana alam: ibrahnya?

Disediakan oleh: Syaimaa binti Ahmad

Tanggal 23 Oktober  2011,  dunia dikejutkan dengan satu kejadian gempa bumi yang melanda timur Turki. Terkini, gempa terbabit mencatatkan jumlah kematian seramai 523 orang. Gempa yang berukuran 7.2 skala richter ini menbawa kita mengimbau  kembali memori pahit pada 26 Disember 2004. Peristiwa Tsunami  sumatera yang meragut ratusan ribu mangsa  itu masih meninggalkan kesan yang mendalam dari segi sosioekonomi  dan paling penting impak psikologi di hati kita semua. Peristiwa Taufan Katrina 2005, Gempa bumi di  Jepun pada 11 Mac 2011, Gempa di Haiti 2010 dan sebagai merupakan sebahagian rentetan peristiwa bencana yang pernah menggegar dunia.


Bencana Alam menurut perspektif Islam terbahagi kepada tiga:

1.       Ujian dari Allah SWT. Iaitu Allah menurunkan musibah atau bencana kepada makhluk-Nya yang beriman kepada-Nya sebagai ujian terhadap keimanan seseorang, apakah ia akan tetap istiqamah terhadap keimanannya. Kerana di dalam Al-Qur’an diterangkan bahawa “Apakah engkau mengaku bahawa dirimu beriman, sebelum diturunkan kepadamu suatu cubaan.” Allah turut berfirman dalam Al Quran, Surat AI-Baqarah, Ayat 155 yang bermaksud:   "Dan sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sesuatu cubaan seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (bahan makanan). Namun gembirakanlah orang-orang yang bersabar .”

2.       Teguran dari Allah SWT. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap para makhluk-Nya, Dia tidak akan tega melihat hamba-Nya yang masih mempunyai iman walaupun sedikit untuk larut dalam perbuataan dosa dan pelanggaran terhadap segala peraturan Allah SWT, makanya Allah SWT menegurnya dengan bencana supaya hambanya yang selamat bisa berbenah diri dan menyedari kesalahannnya kemudian bertaubat dan kembali ke jalan Allah.

3.       Azab dari Allah SWT. Azab diturunkan Allah SWT kepada kaum yang nyata membangkang dan betul-betul tidak mahu menerima Ajaran Allah dan para Nabinya. Dalam hal ini, Allah Maha Kuasa menghancurkan suatu negeri tanpa sisa, seperti yang diceritakan dalam Al-Qur’an yaitu kisah-kisah kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Luth, Penduduk Madyan atau kaum Nabi Syuaib. Yang diturunkan banjir dasyat, gempa dasyat, petir, dan hujan batu api. Mereka semua dibinasakan (kecuali sedikit orang yang mengikuti petunjuk Rasul Allah).

 

Firman Allah dalam surah Al-A’raaf, ayat 96 yang bermaksud:

  “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Q.S. Al-A’raaf : 96)

Seterusnya dalam  Surat Ar-Rum, Ayat 41 disebutkan: "Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar"

Justeru itu marilah kita sama-sama mengambil ibrah dan pengajaran bukan sekadar meluahkan rasa takjub mahupun simpati semata-mata tetapi sebagai umat islam yang prihatin serta beriman kepada Qada’ dan Qadar, seharusnya kita melihat setiap kejadian yang berlaku melalui kaca mata taqwa.

Kita juga sewajarnya menghayati dan memahami tanggungjawab kita sebagai umat akhir zaman yang membantu membanteras kemungkaran dan menyeru ke jalan kebenaran sebagaimana hadis yang diberitakan oleh Ummu Salmah, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Jika kemaksiatan yang dilakukan oleh umatku semakin jelas (terbuka), maka Allah SWT akan menimpakan azab kepada mereka semua". Ummu Salmah bertanya: "Apakah termasuk kepada mereka yang saleh?" Nabi menjawab: "Ya, tentu".

Pengorbanan


Pengorbanan
Disediakan oleh: Nadhirah binti Mohamad Yusof

“Biarpun bersama kekurangan,
Denganmu ku punyai segala,
takkan beruntung seisi dunia…
Berjuang berkorban demi cinta..”

Alunan merdu suara kumpulan Hijaz dalam nasyid yang mengingatkan kita tentang berkorban demi cinta pasti tak dilupakan oleh penggemar nasyid tanah air. Lagu yang pernah mendapat sambutan hangat suatu ketika dahulu.

Salam pengorbanan diucapkan. Salam Aid Al-adha.
Ilmu bahasa arab, bahasa syurga impian kita bersama jangan dilupakan. Salam (selamat sejahtera) , aid (perayaan)dan al-adha (pengorbanan).

Erti pengorbanan kamu?

“ Kak. Apa erti pengorbanan bagi akak?”

“Hmm. Pengorbanan tak sama seperti sumbangan. Sumbangan kita hanya bagi benda-benda yang berlebihan dalam hidup kita. Yang kita tak perlukan sangat. Kalau tiada pun hidup kita seperti biasa saja. Tapi kalau pengorbanan, kita akan memberikan semua yang kita ada. Yang kita perlu, yang kita sayang. Tak kiralah harta, masa, tenaga malah sanggup korbankan nyawa sendiri!”

Kenapa kita berkorban untuk sesuatu?

Demi cinta kita.

Selalunya orang akan sanggup berkorban, hanya apabila dia mencintai sesuatu. Ada orang mencintai seorang perempuan, maka dia sanggup berkorban segalanya demi meraih cinta si gadis impian. Sanggup menggadai seluruh masa dan tenaga. Wang ringgit apatah lagi. Malah, “I sanggup merentasi lautan api neraka demi U!”

Ada orang mencintai dunia. Sanggup bersusah- payah dengan segala kudrat yang ada untuk kehidupan dunia yang diimpikan. Sanggup menikam saudara seaqidah. Darah daging sendiri.  Demi kepuasan dunia impian sendiri.

Ada orang mencintai mumtaz, pointer 4.0 dan deretan A+ dalam sijil . Sanggup mengeluarkan juhud dan usaha tertinggi untuk mencapai matlamatnya. Semua cara akan diguna. Mungkin sampai terkurang hak-haknya pada orang lain, ahli rumah. Ahli bilik. Hak-hak pada tuhan dan rasul pun kadang-kadang langsung tak teringat.

Ada orang mencintai  nafsu sendiri. Nasihat iman dari hati tak dipeduli. Sanggup berjaga malam, bersengkang mata menghadap laptop dan kaca tv. Melayan movie-movie terkini. Menonton bola hingga terlepas qiam fardhi.

Ada orang mencintai tuhan dan rasulnya. Melebihi segala-galanya. Biarlah bengkak-bengkak kaki berdiri, lenguh-lenguh lutut ruku’ dan lebam-lebam dahi bersujud di hadapan tuhan. Semua langsung tak dipeduli. Bila ditanya mengapa, jawabnya “ Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Qudwah sepanjang zaman
Pengorbanan demi cinta siapa yang kita mahu contohi? Kalau orang bukan Islam, jawapan mereka tentulah kisah ‘agung’ Romeo dan Juliet. Tak pun Qais dan Laila. Cinta yang membuat kita lupa kita ada tuhan.
Jawapan orang-orang yang  jelas dan faham Islamnya, pasti tak lain tak bukan kisah sirah teragung. Qudwah dan contoh sepanjang zaman, hingga hari kiamat.
Bagaimana Nabi Ibrahim a.s boleh terus menyahut perintah Allah menyembelih Nabi Ismail a.s. Sedangkan baginda juga seorang bapa. Fitrah cinta bapa kepada anaknya yang jarang ditemui saban hari pasti ada. Tapi baginda membuktikan pada kita, siapa yang lebih patut dicintai? Anak, atau sang pencipta kita dan anak kita?
Lupakah kita, dengan kalimah yang diulang-ulang oleh Rasulullah sewaktu Izrail sudah di tepi untuk menjalankan amanah Allah. Menarik ruh kekasih Allah dengan cara yang paling lemah lembut. Sedang kesakitan maut tetap dirasai. Dan baginda merayu, timpakan segala kesakitan sakaratul maut ke atas diri baginda. Bukan pada ummat baginda. “ Ummati, ummati, ummati.!”
Kita sebagai ummat, adakah kita merindui baginda sebagaimana baginda merindui kita? Hanya ummat Muhammad yang sedar dirinya sebagai ummat Muhammad, mampu menjawab dengan tenang.
Terlalu banyak qudwah dan contoh, yang kita boleh jadikan panduan dalam usaha untuk berkorban demi cinta. Kisah Hanzalah dan malam pertamanya. Kisah Abu Bakar dan segala hartanya. Kisah Saad bin Muaz dan gegaran arasy saat kesyahidannya. Mengapa kita langsung tak ambil peduli?



Tanya diri                       
                                                                                                       
Maka sekarang, tanyalah diri sendiri. Apa erti cinta bagi kita? Sejauh mana kita berkorban untuknya. Berbaloikah pengorbanan yang kita curahkan selama hayat dikandung badan terhadap kecintaan kita. Andai dapat menjamin kesenangan dunia dan akhirat, Alhamdulillah. Jika tidak, maka nilailah kembali cinta dan pengorbanan kita.
Jangan menyesal di kemudian hari.
Wallahu a3lam. Ni3ma ajrul amilin! Sebaik-baik ganjaran untuk orang yang beramal.

“Semoga..sesal hidup ini,
Takkan berulang lagi.
Setiap detik masa dalam amalan jua.”
Dan lagu berkorban demi cinta yang berkumandang dihentikan.
Salam aidil adha. 



Pembuka Kalam


Bismillahirrahmannirrahim,

Assalamualaikum wrh wbt,

                Petama kalinya, kami ingin melafazkan syukur kepada Allah kerana  memberi kesempatan kepada kami untuk melancarkan Blog Gen 08 untuk sesi 2011 – 2012. Keduanya, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang membantu kami menjayakan Blog Gen 08, sungguh, tanpa bantuan kalian mungkin kami di pihak pengurusan tidak dapat melaksanakannya dengan baik sekali, semoga setiap usaha dan bantuan yang dihulurkan, mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah. Akhir sekali, kami di pihak pengurusan ingin memohon maaf atas kelewatan pelancaran Blog Gen 08, sekaligus membuat sahabat-sahabat tertanya, segala kesulitan amat dikesali. Diharap dengan wujudnya blog ini, kita dapat memantapkan gerak kerja serta matlamat Batch Gen 08 untuk menuju kejayaan, di dunia dan akhirat. Sekian, wassalam.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More