Tuesday 28 December 2010

Soccernet mengganas, Koogers menderita....(9 - 4)


SNFC vs Kaherah Koogers

Perlawanan minggu ke 6 LIQA’ tahun ini menemukan SoccerNet FC dan Kaherah Koogers.


Sebelum wisel permulaan dibunyikan, nampak seperti permainan akan berpihak kepada pasukan Koogers berikutan kecederaan buku lali yang dialami penjaga gawang SNFC, Saudara Nazrin Marzuki. Beliau yang tercedera dua hari sebelum perlawanan terpaksa juga dimainkan kerana cinta beliau kepada bola sepak dan pasukan SNFC khususnya. 


Suku pertama perlawanan berkesudahan 2-0 bagi pasukan SNFC walaupun pada awal perlawanan Aiyad Jalizan hampir menolak masuk bola ke gawang sendiri namun Nazrin Marzuki dan Shafiq Rusdi menyelamatkan gol SNFC. Dua gol SNFC dijaringkan oleh Kamil Razak dan Rasyid Rahmat. Kedua-dua gol ini berpunca dari kombinasi mantap antara tiga pemain iaitu Kamil Razak, Rasyid Rahmat dan Anas Kasran.

Saturday 25 December 2010

Tahniah kepada Calon2 GEN08 yang terpilih menjadi AJKT 2011/2012



Tuesday 21 December 2010

Calon Bersekutu Perubatan



Layari http://calonbersekutuperubatan.blogspot.com/......Undilah mereka...

Pakatan Revolusi Perubatan

Monday 20 December 2010

Calon AJKT Ikhwah



Mari kita ramai-ramai hadir ke ARMA untuk mengundi...

Saturday 18 December 2010

UNDIAN ANDA adalah PENENTU!

 

Siapa mereka? Tak kenal maka tak tahu dan tak mahu. Kenalilah calon AJKT perempuan batch gen08.  Aisyah Zahirah bt Sukeri dan Nur Humairah bt Che Ibrahim. Dua nama yang cukup simbolik di kalangan ahli batch gen08. Sudah kenal? Mari sama-sama tunaikan tanggungjawab kita. Pilihanraya PERUBATAN bakal menjelma. Siapakah yg bakal menjadi AJKT 2010/2011? Pilihan di tangan anda. Anda mampu mengubahnya. Marilah sama2 mengundi di dewan ARMA 24/12/2010.

Tuesday 14 December 2010

SC Gabungan

9 Disember 2010, PERUBATAN telah mengadakan sebuah program SC Gabungan dibawah pemantauan Mentor Council. Setiap batch wajib mengendalikan program ini pada tarikh yang ditetapkan. Batch Gen 08 telah  mengadakan program ini di Teratak Marjan (Rumah Engku Fahmi).

Program ini dimulakan dengan ceramah daripada Ustaz Muhammad Farouq B Mohd Ghazali. Beliau membentangkan kitab "Daur Syabab Fi Haml Risalah Tul-Islam" (Peranan Pemuda Dalam Menggalas Risalah Islam). Ustaz berjaya menyampaikan kandungan kitab tersebut dengan kreatif dan menarik. Beliau begitu mesra dalam menyampaikan ceramah beliau. Terdapat dua video yang menarik yang telah ditayangkan oleh beliau.

Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti-aktiviti batch Gen 08. Inilah aktiviti yang sebenarnya dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar gen 08 kerana dimaklumkan bahawa makanan yang lazat akan disajikan kepada mereka. Hakikatnya betul, para akhawat Gen 08 telah bersatu tenaga untuk menyediakan makanan yang begitu enak sekali. Antaranya, koktail buah, kentang pulas bersama telur, mee goreng dan kuih muih.




SNFC vs BUDAK TEMPANG

Perlawanan minggu ke-5 LIQA' sesi 2010/2011 bagi pasukan SNFC adalah berdepan dengan pasukan dari Tahun 2, BUDAK TEMPANG.
Perlawanan tersebut menampilkan pemain SNFC yang selama ini terpaksa direhatkan berikutan kecederaan ligament, Encik Hilmi Husman.

Pada suku masa pertama, SNFC bermula garang dengan memberi asakan bertali arus, namun nasib tidak menyebelahi apabila kebanyakan percubaan yang dilakukan pemain gagal membolosi gawang pasukan lawan yang dijaga rapi oleh Encik Aimatnuddin.
Pasukan BUDAK TEMPANG agak bernasib baik kerana pemain pertahanan mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan meskipun acap kali melakukan sliding tackle.
Suku masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Suku masa kedua dimulakan. SNFC membuat beberapa pertukaran pemain di bahagian serangan dan pertahanan.
Seawal minit ke-4 perlawanan suku masa kedua dimulakan, SNFC dikejutkan dengan jaringan yang dilakukan oleh .... 
Pasukan SNFC memulakan serangan balas. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil setelah Encik Haziq Kamarudin menyempurnakan gerakan cantik yang mengelirukan pihak lawan dari Encik Kamil Razak dan Encik Haziq Alias.
Selang beberapa minit selepas itu, sliding tackle pemain dari pasukan BUDAK TEMPANG membawa padah apabila tackle yang dilakukannya di dalam 'separa bulatan penalti' itu terkena tangan beliau sendiri.
Sekali lagi, Encik Haziq Kamarudin dengan tenang menolak mudah bola tersebut melepasi penjaga gol BUDAK TEMPANG, menjadikan kedudukan 2-1.
Encik Haziq Kamaruddin berpeluang menambah koleksi gol beliau pada petang itu, namun hal itu tidak berlaku berkat ketangkasan sliding tackle pertahanan pasukan lawan.
Suku masa kedua berakhir dengan kedudukan SNFC 2-1 BUDAK TEMPANG.

Pada suku masa ketiga, kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama banyak. Pasukan BUDAK TEMPANG gigih mencari gol penyamaan dan SNFC pula mencari gol bagi menambahkan jurang gol.
Meskipun serangan bertubi-tubi dari kedua-dua pasukan, kedudukan tetap kekal 2-1.

Setelah rehat 2 minit, suku masa keempat dimulakan. Pasukan BUDAK TEMPANG semakin terdesak mencari gol penyamaan. Pemain pasukan tersebut yang sepatutnya bermain di posisi tengah meninggalkan posisi tersebut dan berada di bahagian serangan bagi memantapkan lagi serangan mereka.
Pasukan SNFC menggunakan sebaik mungkin kekosongan di bahagian tengah tersebut dengan kerap kali melakukan serangan balas (counter attack). 
Pada minit-minit akhir suku masa terakhir itu, Encik Rasyid Rahmat meneruskan rekod 'MESTI GOL!!' beliau dengan menjaringkan gol setelah bijak mencuri bola dari kawalan pemain pertahanan BUDAK TEMPANG. 
Wisel penamat dibunyikan menandakan kejayaan dan 3 mata dikutip SNFC. Meskipun ada pasukan yang tewas dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan nampak berpuas hati dengan semangat kesukanan yang telah diberikan.

Man of The Match diberikan kepada Encik 'Sliding Tackle' dari pasukan BUDAK TEMPANG kerana beliau banyak membantu pasukannya menidakkan serangan dan percubaan dari pemain SNFC.


Saturday 11 December 2010

Perutusan Rasmi

Assalamualaikum w.b.t

Perutusan ini khas untuk menerangkan anda semua iaitu ahli-ahli gen 08 tentang perihal blog batch kita.

Blog kita secara rasminya bernama BLOG GEN08 seperti yang tertera pada header blog ini. Kami memang mengambil cakna dengan keputusan suara ahli yang telah pun dikutip pada masa dahulu. Kami telah pun menukar nama blog ni daripada NEXUS GEN08 kepada GEN 08 sahaja.

Namun begitu, kami terpaksa mengekalkan alamat blog ini iaitu www.nexusgen08.blogspot.com atas sebab yang akan dibeitahu sebentar lagi. Alamat www.gen08.blogspot.com telah pun diguna oleh pengusaha blog yang lain. Oleh itu, alamat itu tidak lagi boleh dipakai melainkan mengubah sedikit alamat tersebut kepada www.xgen08x.blogspot.com (contoh sahaja). Jadi kami bersepakat bahawa, daripada mengubah alamat blog batch kita kepada nama yang mengarut lebih baik kita guna sahaja nama www.nexusgen08.blogspot.com ini.

Sebarang bantahan atau kemusykilan sila rujuk terus kepada saya. Insha Allah saya akan cuba memberi keterangan dengan lebih terperinci kepada orang yang masih rungsing lagi tentang nama blog batch kita ini. Saya tidak mahu atas sebab nama ini, kita tidak mahu menggunakan blog ini sepenuhnya dan saya harap ahli-ahli gen08 dapat menggunakan blog ini sebaik-baik yang mungkin. Blog ini Insha Allah akan lengkap dalam masa seminggu. Jadi harap saudara dan saudari dapat bersabar sebentar. Terima kasih.

Yang Menurut Perintah,
Muhammad Ridzuan B Mohd Nor
Penasihat Unit Multimedia Gen 08

Friday 10 December 2010

Perutusan CEO

Assalamuailaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh rakyat GEN8
    
        Saya disini ingin menzahirkan perasan gembira saya atas kejayaan penubuhan blog ini.Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang berkerjasama dalam menjayakan blog ini terutamanya CHIP.

     Ada beberapa perkara yang ingin saya nyatakan disini iaitu;

1) Sebarang cadangan atau komen boleh lah disalurkan ke email berikut:
        -izany1990@yahoo.com.my
       -iwanhorse_lucia@yahoo.com

2) Jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi admin blog ini secara bersama, bolehlah membuat permohonan   kepada AJK MULTIMEDIA BATCH

3) Buat masa ini, ketua admin untuk blog ini ialah CHIP dibawah pengawasan AJK MULTIMEDIA BATCH. Tapi andai kata beliau dilantik sebagai exco,pelantikan admin baru akan dijalankan semula.

4) ID dan password blog ini akan diberikan kepada beberapa AJK-AJK tertentu untu memudahkan mereka menyampaikan maklumat daripada bidang tugas meraka.

5) Sebarang artikel atau pun perkongsian yang tidak mempunyai kaitan dengan pembelajaran haruslah dihantar kepada AJK MULTIMEDIA iaitu Mr. Izany atau Nur Syazwani terlebih dahulu untuk ditapis.

6)Harap seluruh warga batch yang mempunyai blog untuk menghantar link blog anda ke alamat email diatas untuk meningkatkan populariti blog anda

Akhir sekali,saya berharap blog ini tidak menjadi seperti `gajah putih`. Amalkan prinsip `setiap-hari-wajib-layari-blog-batch`

sekian,terima kasih..

(ps:maaf pasal bahasa.Sebab dah lama tak buat karangan:)

Jadual Kelas Tahun 3 2010/2011

Thursday 9 December 2010

Perasmian Blog Batch

Blog Rasmi Pelajar-Pelajar Perubatan Universiti Kaherah 
Generasi ke-8
[Gen 08]


www.nexusgen08.blogspot.com


Dirasmikan oleh:
Mohd Noor Izany B Roslee Noor




Tarikh:
9 Disember 2010


Tempat:
Teratak Marjan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More