Friday 2 December 2011

Glow with the Flow 2011


Glow with flow tahun 4 2011

Disediakan oleh: Muamar Iskandar b Mohamed Yusoff

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, sudah 3 tahun kita berada di bumi anbiya’, bumi mesir ini. Dan sedar tak sedar, telah banyak pengalaman pahit, manis dan susah senang kita hadapi ketika berada di perantauan ini. Namun kegigihan dan ketabahan  serta kesabaran kita masih kuat untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan.

Sebagai seorang pelajar medik, fokus utama kita adalah akademik. Tahniah di ucapkan kepada semua yang berjaya dalam peperiksaan tahun 3 yang lepas. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, jangan mengalah dan teruskan berusaha. Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Bagi persediaan kita menghadapi tahun klinikal yang pertama iaitu tahun 4, PERUBATAN telah menganjurkan program ‘Glow With Flow’ bertujuan  bagi membantu para pelajar serta memberi gambaran awal mengenai pelajaran yang bakal dilalui oleh pelajar pada tahun tersebut.

Bagi pelajar tahun 4 Universtiti Kaherah, pada 23 oktober 2011, bertempat di markas PERUBATAN, program ini berjaya dilangsungkan dan mendapat kerjasama dari semua pelajar. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis saudara Muhammad b Rahimi. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian program oleh saudara Muhammad Azizul Hakim iaitu Exco BIKON.

Usai berucap, program Glow with flow bermula dan majlis dipengerusikan oleh moderator yang berpengalaman, saudara Muhammad Shamirul b Ahmad. Ahli panel yang dijemput adalah saudara Mohamd Saifuddin b. Ibrahim, saudari Effa Syuhadha bt. Hamzah, dan Mahfuzah bt Abdul Halim .

Saudari Mahfuzah bt Abdul Halim telah berjaya mengupas serba sedikit berkenaan subjek Forensic dan toxicology, subjek yang merupakan subjek pertama kita tahun ini.  Bak kata senior, subjek ni sama je macam korang tgok CSI. Memang tak dinafikan, forensic  and toxicology  adalah subjek di mana kita belajar mengenai cara-cara menyiasat kematian, punca kematian, kecederaan, tembakan, dadah, daun2 beracun dan sebagainya. 

Subjek Community Medicine pula telah dibincangkan oleh saudari Effa Syuhadha bt. Hamzah. Walaupun beliau adalah pelajar G2G, namun input serta perkongsian beliau amatlah bermanfaat. Community Medicine secara kesimpulannya adalah subjek yang membincangkan statistik penyakit dan cara-cara mengawalnya. Subjek ini tidak jauh bezanya seperti subjek parasit tahun lepas mengenai epidemiology, prevention and control.

Panel terakhir pula adalah saudara Mohamd Saifuddin b. Ibrahim yang telah membincangkan subjek ENT dan Opthalmology. Sebagai mana yang kita tahu, kedua-duanya adalah subjek klinikal pertama yang bakal kita pelajari sebagai pelajar medik. Tidak perlu diperkenalkan lagi subjek ini mengenai apa kerana saya yakin, setiap pelajar sudah tahu apa yang bakal kita belajar dalam subjek-subjek tersebut.

Akhir kata, dengan harapan,semoga apa yang telah disampaikan serta dikongsi oleh para senior kita dapat dijadikan sesesuatu yang berguna serta membantu kita dalam menghadapi tahun 4 ini. Walaupun ada orang kata tahun 4 ini tahun honeymoon, namun secara peribadi, dalam medik, tiada istilah honeymoon, kerana bagi saya honeymoon sebagai seorang  pelajar adalah apabila tamat pengajian dan berjaya membawa pulang segulung ijazah kepada kedua ibu bapa yang disayangi di tanah air. 

Surah Al-Insyirah, 
“maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” [ayat 5]
“sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” [ayat 6].

La takhaf wa la tahzan, Innallaha ma'ana.
Sekian terima kasih. Assalamualaikum
 




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More