Wednesday 19 January 2011

Tips-tips Bawa Masuk Telefon Bimbit Ke Dewan Peperiksaan

Di bawah adalah beberapa cara atau kaedah yang digunakan untuk bawa masuk telefon bimbit anda ke dalam dewan peperiksaan.


1) Masukkan telefon bimbit anda ke dalam poket baju jaket anda. Lagi tebal jaket anda lagi susah untuk pak cik polis arab tu nak kesan.

2) Masukkan telefon bimbit anda ke dalam stokking anda. Cara ini dikatakan pernah digunakan oleh saudara Engku Fahmi, dan keputusannya adalah positif. Jadi sesiapa yang ingin mencuba menguna cara ini dipersilakan. Tetapi berhati-hati dengan dua perkara iaitu
     i) Telefon bimbit yang besar mungkin dapat dikesan oleh pakcik polis arab.
     ii) Stokking yang berbau busuk akan menyebabkan telefon bimbit anda juga turut berbau.

3)  Letakkan telefon bimbit anda di belakang dompet di dalam kocek seluar. Ketika pakcik polis arab itu tepuk seluar kita, kita cakap kat dia "mahfazah bita33i" (dompet kepunyaan saya). Dia akan percaya dan akan kata "Aiwah2, hush gowwah. Bisur3ah!!". (Ya2, masuk dalam, cepat2!!)

4) Kaedah lalaikan pak cik polis arab. Waktu hendak masuk ke pagar depan dewan kuliah itu, anda perlu buat muka baik dan tunjuk kernah anda depan mata pak cik polis pak cik arab itu. Apakah kelebihan kaedah ini? Kelebihannya ialah pak cik polis arab itu akan bermonolog sebegini " Oh, budak ini ada kernah, tak perlulah ak nak check dia lagi. Budak ini pun nampak baik je, bagi je la masuk." Secara tidak langsung, anda dapat bawa masuk telefon bimbit anda ke dalam dengan senang-lenang.
5) Cara ini khas untuk golongan wanita. Masukkan telefon bimbit anda ke dalam beg tangan anda. Rasanya, pak cik polis arab tu, tidak check beg tangan wanita. (tidak pasti sebab penulis ini bukan wanita). Kalau dia periksa pun, sorokkan telefon bimbit itu di tempat-tempat yang strategik di dalam beg anda. (Rasanya wanita-wanita gen 8 tahu kot nak sorok kat mane. ehm2!)

6) Cara ini agak menjijikan dan tidak digalakkan untuk digunakan, sorok telefon bimbit anda di dalam seluar dalam anda. Maaf kalau cara ini bunyinya agak sensitif. Tetapi cara ini dijamin 100% pak cik polis arab itu tidak kesan telefon bimbit kita. Tetapi hati-hati. Pastikan telefon bimbit anda tidak berbunyi (silent mode), tidak bergetar (no vibrate) dan tidak ada loceng yang disetkan untuk berbunyi dalam waktu kita sedang menjalani peperiksaan. Sebab kalau sekali telefon anda berbunyi...fikir2kan lah...


7) Masukkan telefon bimbit anda ke dalam kotak alat tulis anda. Pastikan kotak alat tulis anda bukan berwarna lut sinar. Sebab takut pak cik polis arab terperasan.

8) Cara paling efektif, menggunakan cara ini, saya jamin 100% walau canggih mana pun mesin pengesan telefon bimbit yang digunakan, pasti pak cik polis arab itu tidak dapat kesan juga. Caranya ialah sorok telefon bimbit anda dibawah bantal tempat anda tidur. Yakinlah dengan cara ini.

Jadi ini adalah beberapa cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk membawa telefon bimbit anda ke dalam dewan peperiksaan (exclude no. 7). Semoga artikel ini bermanfaat.

Selamat Mengulangkaji dua baki subjek iaitu Pharmacology dan Microbiology.

Oleh: Admin Blog Gen 8 (jangan persoalkan siapa yang tulis!! Baca je artikel di atas)

4 comments:

saya suka cara yg ke 8. konpem berkesan~ selamat ber"exam'! ^_^

iema, ak wat care tu ;p

boleh tak admin letak cara2 nak zip. file memandangkan ramai warga batch tak tahu nak zip. file.....letak sekali link nak download nya...

2 zip software yg terbaik : winRAR n 7zip

Baik saudara Backturn...kami akan buat..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More