Thursday 28 April 2011

Salam Perjuangan !!!



Setelah berbagai-bagai halangan & cabaran telah ditempuhi



Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi sebelum tiba di puncak kejayaan



Jadi, sama-sama tetapkan hati, tekad dan matlamat



Persiapkan diri dengan bekalan secukupnya ke medan pertempuran



Masa dan detik waktunya telah pun menjelma



Doa dan tawakal jangan sesekali dilupa



Sokongan yang padu kami janjikan buat kalian semua



Khas buat peserta akhir, grand finale Medicophilic Month [MeM] 2011 wakil Gen 08....

Menampilkan; 

1. Pasukan bahas (kumpulan 6)

- MUHAMMAD BIN RAHIMI
- ELLYA NABILA BINTI A. JALIL
- UMAIRAH BINTI NORAZMAN




2. Peserta kuiz 

1. NUR ATIQAH BINTI MOHD HANIFAH 
2. NUR IDAYU BINTI SHAFIE
3. MOHAMAD AZIZUL BIN KAMARUDIN 
4. MOHAMED SHAFIQ BIN MOHAMED RUSDI 



3. Public speaking

SYAIMAA BINTI AHMAD


Jangan lupa juga bagi sesiapa yang sudi menderma darah, diharap dapat bersedia esok...


Jom sama-sama memeriahkan Grand Finale MeM dan memberikan sokongan padu kepada wakil-wakil Gen 08 dalam pertandingan ni !!!

~Holding Hands Towards One Destiny~



Oleh:

Admin blog Gen 08

Friday 22 April 2011

MEMBINA RANTAI UKHUWAH, MELAKAR SATU SEJARAH

KHAMIS, 14 April – Sekurang-kurangnya seramai 18 pelajar Malaysia dan 19 pelajar Mesir tahun 3 bidang perubatan, Universiti Kaherah, telah menyertai satu perlawanan persahabatan bola sepak yang diadakan di Markaz Syabab, Zenhom. Perlawanan persahabatan ini merupakan perlawanan pertama yang diadakan melibatkan pelajar kedua-dua negara itu. Hasil perbincangan daripada beberapa wakil pelajar Malaysia dan pelajar Mesir, perlawanan seperti ini dilihat sebagai satu langkah pertama untuk merapatkan hubungan antara pelajar kedua-dua buah negara serta merapatkan jurang yang sekian lama telah wujud.

Sesi dimulakan dengan upacara beramah-mesra antara pasukan Malaysia dan pasukan Mesir. Kesemua pemain dilihat mudah mesra dan seakan-akan telah lama kenal walaupun ini merupakan perjumpaan pertama buat mereka. Kemudian, kesemua pemain berkumpul bagi sesi fotografi sebelum perlawanan dimulakan.




Sebelum perlawanan dimulakan, pasukan pertama daripada pasukan Malaysia dan Mesir telahpun beratur di tengah padang. Beberapa ketika kemudian, lagu Negaraku mula berkumandang dan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh pasukan Malaysia yang berjersi serba kuning. Kesemua pemain bertepuk tangan sebaik sahaja lagu Negaraku habis dinyanyikan, kemudian diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan Mesir oleh pasukan Mesir. Kesemua pemain dari kedua-dua pasukan bersalaman dan perlawanan dimulakan.


Nyanyian lagu kebangsaan "Negaraku"


Nyanyian lagu kebangsaan negara Mesir


Pertukaran cenderahari antara kedua-dua negara sebelum sepak mula

Pasukan Mesir memulakan aksi dengan garang apabila menyumbat 2 gol dan pasukan Malaysia dilihat seakan lambat panas dengan ketinggalan 2 gol. Namun, pasukan Malaysia berjaya bertahan dan tidak membiarkan tiang gol dibolosi lagi oleh para pemain pasukan Mesir.


Pasukan Malaysia mengawal bola


Pemain simpanan dan penyokong pasukan Mesir


Pasukan Malaysia melakukan serangan

Babak kedua menyaksikan beberapa pertukaran telah dilakukan oleh Pasukan Malaysia dan perancangan semula strategi telah dilakukan. Ternyata strategi baru yang dilakar itu berkesan apabila pasukan Malaysia mula menyumbat beberapa gol dan memberikan persaingan yang sangat sengit. Walaupun pada mulanya, beberapa orang daripada pelajar Malaysia cuba memberikan alasan dengan membandingkan saiz pasukan Malaysia yang lebih kecil, perangai orang arab yang ganas dan leceh, namun, alasan seperti itu tidak sedikit pun melunturkan semangat pemain-pemain Malaysia yang berani turun ke padang dan berhadapan dengan pasukan Malaysia. Bahkan, pelajar yang memperlekehkan dan tidak turut sama dalam padang dilihat tidak berani untuk berhadapan dengan sesuatu cabaran dan hanya mampu bercakap di luar gelanggang. Syabas diucapkan kepada yang telah hadir.


Serangan bertali arus penyerang pasukan Mesir


Ketangkasan penjaga gol Malaysia banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi pihak lawan

Selepas perlawanan tamat, semua pemain berkumpul untuk sesi yang seterusnya. Wakil daripada kedua-dua buah pihak telah memberikan sedikit ucapan. “...I hope, program like this is not the end, but it’s only the beginning of our relationship...” Begitulah harapan yang disampaikan oleh Mohd. Nazrin.  Kesemua pemain mula memperkenalkan diri masing-masing antara satu sama lain. Ternyata orang arab bukanlah seburuk yang disangka seperti yang digembar-gemburkan. Tepatlah kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”. Peluang untuk bertemu dengan bangsa lain, berkenal-kenalan dan merapatkan tali silaturahim sememangnya dinantikan oleh semua.


Sesi penutup 


Ucapan wakil pelajar Malaysia


Ucapan wakil pelajar Mesir

Di samping dapat mengenali sesuatu kaum itu dengan lebih dekat, kita juga telah berjaya menjalinkan hubungan baik antara kedua-dua buah negara dan meluaskan rangkain sosial. Program diakhiri dengan sesi pengambaran dan bertukar emel dan nombor telefon. Syabas sekali lagi diucapkan kepada semua yang dapat hadir. Semoga program dua hala ini dapat dijalankan pada masa akan datang.


Gambar kenangan


Jumpa lagi dalam perlawanan akan datang !!!

Laporan oleh:


-spinothalamic-  


Laporan disunting oleh:


Admin 1

Friday 15 April 2011

Sekitar Majlis Kesyukuran & Motivasi 2011

"Posting" kali ini tidak tujuan nak tulis panjang-panjang, kalau nak baca cerita best, boleh klik kat sini ye




Dah baca ? Jom layan gambar-gambar di bawah !!!


Wisma Nusantara,  Indonesian Hostel - Cairo


Imran bertindak sebagai pengacara majlis, hebat !!!


barisan ahli panel dan moderator 'Glow with The Flow'


 ahli panel semuanya mantap2x belake


saudara Amir Firdaus, memang pelajar medik contoh la katakan


saudara Nazrin, ketua batch Gen 08, pemimpin disenangi ramai


Luqman membaca doa sebelum menjamu selera, ada gaya imam muda lah !!


juadah buat pasangan raja sehari, spesial dari orang lain


pasangan pengantin baru, Syak & Anas (Chot)


pasangan pengantin baru, Najwa & Shafiq


artis jemputan, Amirul Afiq


artis serba boleh, Asyraf Rahim


pengantin bermain 'Game Pink & Blue'


deklamasi sajak oleh wakil akhawat


pengantin menjawab soalan Game MCQ, Life Choice, (dah macam soalan exam la pulak)


pengantin, ops....para bakal pengantin laki masa hadapan mendendangkan lagu 'Gila-Gila Pengantin'


pengantin memotong kek hasil kreatif Syaimaa' Ahmad


senyumlah2x, ahai pengantin baru


suap2x......dan makan !!


lagi suap2x dan makan


birthday boys pun potong kek jugak !!!


pengantin dapat hadiah, bestnye.....


hadiah sumbangan khas dari warga Gen 08


saudari Wan Afiqah memberikan hadiah kepada pengantin


"terima kasih"....."sama-sama"


ikhwah Gen 08 bergambar kenangan dan ambil berkat pengantin, hehe =)


gaya tangan tunjuk ke arah pengantin......

Sumber gambar: kamera Husaini

kek~

nak satu jugak??? :p

sama padan

bagai pinang dibelah dua? ^^

bila nk jamu macam ni lagi? ^-^

p/s: klik untuk gambar lebih jelas. Maaf atas kekurangan gambar akhawat. Yang perlu2 sahaja diupload. Gambar akhawat yg ambil masa habis majlis ramai2 tu akan diupload kemudian. v(^_^)

Sumber gambar : Nadhirah Shahrom



Oleh:

Admin blog Gen 08

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More