Thursday 28 July 2011

Keputusan peperiksaan dah diumumkan ?

Alhamdulillah, setelah lama menanti dengan penuh debaran, maka akhirnya pihak universiti telah mengumumkan keputusan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tahun tiga Kasr El-Ainy Medical School sesi pengajian 2010/2011....



Kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, tahniah dan syabas diucapkan.



Kepada yang kurang bernasib baik, janganlah kalian sesekali berputus asa.



Ruang, masa dan peluang masih ada.

Kalian tidak sesekali berseorangan, malah kami semua sentiasa berada di sisi menyokong sahabat-sahabat dalam perjuangaan dur thani kelak.

InsyaAllah, semoga kalian dipermudahkan oleh Allah swt. Sama-sama berusaha dan berdoa untuk kejayaan kalian.

Buat semua sahabat Gen 08, isilah cuti anda dengan perkara berfaedah dan bersedia untuk menempuh bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sekian, wassalam.

Admin blog Gen 08

~HOLDING HANDS TOWARD ONE DESTINY~


Tuesday 12 July 2011

Selamat bercuti !

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam....

Dengan rahmat serta limpah kurniaNYA, berjaya juga kita menamatkan sesi pengajian tahun 2010/2011 ini yang sangat mencabar semangat juang serta ketahanan diri seorang individu bergelar mahasiswa bidang perubatan.

"Exam pon dah habis....alhamdulillah, syukur.."

Dapat jawab dengan baik atau tidak, itu bukan persoalannya....

.....kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (al Imran, 3:159)

Apa yang lebih penting, doa, solat hajat dan tawakal kepada Allah swt kita jadikan sebagai usaha yang berterusan selepas berakhirnya segala usaha di dewan peperiksaan. Walaupun tidak lagi bergelumang dengan buku-buku serta nota-nota medikal buat seketika waktu, jangalah dipinggirkan terus segala ilmu yang telah kita belajar. Teruskan menambah ilmu di dada, amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Hmm, cuti-cuti jugak, tapi nak buat apa yek ???

Adakah nak.....


Balik malaysia


tunaikan umrah



melancong (dalam & luar negara)



belajar bahasa arab


mengikut program2 persatuan (malaysia & mesir)



mengikut kelas2 pengajian agama



kahwin ??? =D

Walau apa pun pengisian dan aktiviti kita pada musim cuti kali ini, diharapkan agar semua tetap menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing. Biarlah setiap aktiviti yang dilakukan memberi banyak manfaat dan faedah kepada diri sendiri serta masyarakat sekeliling.

Setakat ini pesanan ringkas dari krew blog Gen 08, semoga semua sahabat dapat menikmati cuti ini dengan baik dan penuh bermakna.

~HOLDING HANDS TOWARDS ONE DESTINY~

Admin blog Gen 08




Saturday 9 July 2011

TAHNIAH 3X ! Saf kepimpinan Gen 08 sesi 2011/2012.

Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon yang  terpilih sebagai saf kepimpinan Gen 08 bagi sesi pengajian 2011/2012 !


Ketua Batch ikhwah: Mohamed Shafiq bin Mohamed Rusdi

Ketua batch akhawat: Maryam Fadhilah Zakaria

Timbalan ketua batch ikhwah: Mohd Noor Izany bin Roslee Noor

Timbalan ketua batch akhawat: Amarlina binti Ahmad

Warga Gen 08 telah menjalankan tanggungjawab memilih kalian, semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan semangat, insyaAllah.

Kami semua warga Gen 08 akan sentiasa berdiri teguh dan menyokong kalian agar matlamat yang ditetapkan mampu dicapai dengan mudah.

Kepada saf kepimpinan Gen 08 sesi pengajian 2010/2011, jutaan terima kasih diucapkan atas pengorbanan dan kesungguhan kalian dalam menjalankan tugas selama ini, semoga Allah memberi ganjaran yang selayaknya kepada kalian, insyaAllah.

Kami mengucapkan selamat bekerja dan maju jaya buat saf kepimpinan Gen 08 sesi pengajian 2011/2012.
Semoga Allah membantu kalian dalam menjalankan amanah ini.







~Cebisan kenangan batch Gen 08 sesi pengajian 2010/2011~



Sekian, wassalam

~HOLDING HANDS TOWARDS ONE DESTINY~

Admin, blog Gen 08

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More