Saturday 26 March 2011

MAJLIS PERPISAHAN ABANG FAIZAL

Zenhom, 22 Mac - Setelah 6 tahun setengah menuntut di Mesir dan 2 tahun setengah tinggal bersama sahabat ikhwah di Imarah Zenhom, akhirnya saudara Mohamad Faizal bin Nor Azmi atau nama panggilan manjanya abang Faizal Bobby, pergi meninggalkan bumi anbiya bagi meneruskan cita-citanya menjadi doctor muslim. Justeru sebuah majlis perpisahan telah diadakan bagi mengenang jasa dan masa bersama super senior ini.




Majlis bermula dengan solat isyak berjemaah yang diimamkan oleh beliau sendiri. Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Shamirul dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Amirul Afiq dan diteruskan dengan ucapan daripada saudara Saifullah, warga Gen 08 yang paling rapat dengan abang Faizal dan disusuli dengan ucapan daripada Ketua Batch Gen 08, saudara Nazrin. Rakan abang Faizal iaitu abang Wafi turut diberi peliuang untuk memberikan kata-kata hikmah beliau, dituruti dengan kalam-kalam berharga daripada abang Faizal sendiri.







Antum kena keluar dari kepompong (pelajar melayu) dan terbang mekar menjadi rama-rama yang berwarna-warni,” nasihat beliau dalam mempelajari bahasa arab dan berkawan dengan orang arab bagi memartabatkan akademik dan interaksi pelajar Malaysia.





Acara yang dinanti-nanti telah tiba, para ikhwah pun mula menjamu selera. Nasi yemen saeed menjadi pilihan, semua sahabat menjamu selera dengan penuh kegembiraan. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 4 orang rakan batch beliau termasuk abang Wafi dan 2 orang rakan Mesir, Ahmed Ali dan Moustafa. Sambil hadirin menjamu hidangan pencuci mulut, sebuah video dedikasi khas buat para senior ditayangkan yang memeriahkan  tersebut.











Atas permintaan ramai, beliau mendendangkan lagu Keabadian Cinta yang mendapat tepukan gemuruh daripada para tetamu. Saudara Shamirul pula menyanyikan lagu Semua Untukmu ditujukan khas buat abang Faizal. Jelas sekali lagu-lagu Anuar Zain menjadi pilihan malam tersebut. Turut tidak ketinggalan, Ahmed Ali dan Moustafa juga memberi ucapan ringkas atas permintaan ramai.












Malaysians are wonderful people, and you have a wonderful country. We would like to be like yours. But you have to learn how to give your trust at the right people here in Egypt,” nasihat Ahmed (kawan sekuliah Abang Faizal) dalam mengharungi kehidupan di Mesir.

Dua biji kek yang telah dibeli, akhirnya dipotong beramai-ramai oleh beliau bersama rakan-rakan batchnya. Kesemua ikhwah Gen 08 dan ikhwah Gen 10 Zenhom bergambar beramai-ramai bersama beliau sebagai kenangan malam terakhir bersama senior istimewa ini.



Kami warga Gen 08, ikhwah dan akhawat terhutang budi dan mendoakan kejayaan Abang Faizal di hospital dan kerjaya di masa depan. Maafkan salah silap kami, doakan kejayaan kami dan jangan lupa kami di sini :D




Jangan lupa tonton video khas buat Abang Faizal ni ye !!! =)





Oleh:


Saifullah.


Editor:


Admin blog Gen 08

2 comments:

Salam...

Just nak kongsi sedikit nasihat dan pesanan abg faizal kesyangan kita. Pesanan ini untuk ikhwah dan akhawat.

1) Marilah kita memperluaskan tali persahabtan kita dengan mencari rakan-rakan yang berwarganegara mesir.(cari la kawan arab kat kuliah tu, jangan duk segan2)

2) Rajin-rajinlah kita mencari peluang untuk membuat attachment atau practical dihospital kasr el-ainy. Cube usahakan untuk mendapat peluang ini.

3) Belajar betul2 dan bersungguh-sungguh, supaya menjadi doktor yang berkualiti dan buktikan pada orang Malaysia yang doktor2 di Mesir ini hebat2.

Banayak lagi pesanan abg faizal. Tapi ini antara pesanan yang saya ingin ingatkan...

Terima Kasih

recognized ahmed who helped us masa daftar line telefon imarah. indebted, thank you :)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More