Thursday 27 October 2011

~Kami Undur Diri~

Kami Undur Diri...

Alhamdulillah, setelah hampir 10 bulan blog rasmi Gen 08 yang telah dilancarkan pada tarikh 9 Disember 2010 dan dirasmikan oleh ajk multimedia Gen 08 2010/2011 iaitu saudara Mohd Noor Izany B Roslee Noor, blog ini masih lagi bertahan sebagai salah satu medium maya rasmi selain wujudnya dua medium lain iaitu yahoo group dan facebook group.

Blog batch tetap memiliki keistimewaan dan fungsinya yang tersendiri, mungkin tidak sama dengan yahoo group mahupun facebook group, namun keunikannya tetap ada dan tidak akan hilang.

Tanggungjawab untuk menguruskan blog ini diletakkan kepada saya sendiri, Amirul Zuhri bin Zulkipli dan dibantu oleh saudari Fatimazuz Zahra binti Azmi dengan pemantuan oleh ajk multimedia batch. Tanggungjawab yang berat ditambah dengan kekurangan ilmu dan pengalaman dalam dunia blog, apatah lagi menguruskan blog rasmi batch sangat mencabar keupayaan dan kemampuan diri.

Seperti yang sedia maklum, blog batch diletakkan di bawah skop tugas unit multimedia batch, maka dengan pelantikan Ahmad Saifullah bin Muhamad Fauzi dan Najwa Syafiqah bt Rosli sebagai ajk tersebut bagi sesi baru 2011/2012, mereka berdua akan bertanggungjawab ke atas perjalanan blog ini mulai hari ini. Kami sebagai krew blog Gen 08 sesi 2010/2011 akan mengundur diri dan saudara Saifullah dan saudari Najwa akan mengambil alih pengurusan blog ini.

Kami memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan, kesilapan mahupun segala kelemahan yang timbul sepanjang kami menguruskan blog ini. Kami berharap agar ajk baru akan mampu menguruskan blog ini dengan lebih cemerlang dan mantap, insyaAllah. Kami seluruh warga Gen 08 akan menyokong kalian seratus peratus dan sepanjang masa.

Kami dengan rendah diri mengundur diri darip pengurusan blog batch Gen 08 ini. Semoga blog batch Gen 08 terus gemilang pada masa hadapan.

Sekian, wassalam

Amirul Zuhri bin Zulkipli,
[Ketua admin blog, 2010/2011]

Fatimazuz Zahra binti Azmi
[Timbalan admin blog, 2010/2011]

~Kerana Manisnya Japik~

20 Oktober - Tarikh yang menjadi saksi kepulangan salah seorang sahabat kita dalam batch Gen 08, iaitu Mohamad Nurmazafiq bin Mazlan ke Malaysia bagi meneruskan perjuangan beliau dalam bidang perubatan. Ternyata walaupun menghadapi sedikit kesulitan dan kesukaran dalam pengajiannya di Mesir, semangat yang dimiliki oleh Mazafiq tidak pernah luntur, malah terus berkobar untuk melakukan yang terbaik pada masa hadapan.

Penerbangan Egypt Air yang berlepas pada jam 11.30 malam waktu Mesir menjadi pilihan untuk kepulangan Mazafiq ke Malaysia. Sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, para sahabat Gen 08 tidak putus-putus berkunjung ke rumah Mazafiq yang terletak di Abou Risy bagi mengucapkan salam perpisahan, bermaaf-maafan serta saling mendoakan kejayaan masing-masing. Walaupun masing-masing menunjukkan ekspresi wajah yang ceria namun jauh di sudut hati yang kecil semua sahabat Gen 08 terdetik rasa sedih apabila kehilangan seorang sahabat seperjuangan di bumi anbiya' ini.



Tremko yang ditempah khas bertolak dari kediaman Mazafiq pada jam 7.30 malam. Alhamdulillah, walaupun keadaan trafik yang sesak, tremko selamat sampai pada jam 8.30 malam. Sambil menunggu waktu untuk kaunter 'check in' dibuka, Mazafiq dan rombongan sahabat ikhwah Gen 08 seramai 12 orang meluangkan masa untuk menjamu selera di salah sebuah kedai makan di sana.

Selesai menjamu selera, Mazafiq mula bergerak ke kaunter 'check in' dan sedikit masalah timbul apabila pegawai di kaunter tersebut mengatakan bahawa barang yang ingin dibawa pulang oleh Mazafiq melebihi had muatan dan meminta bayaran yang terlalu mahal. Pegawai tersebut menjelaskan bahawa hal ini kerana wujudnya polisi baru dalam mengira jumlah had berat bagasi. Alhamdulillah, setelah berikhtiar, masalah tersebut berjaya diselesaikan. Sahabat Gen 08 mula pulang ke rumah masing-masing pada jam 10.30 malam.

Kami semua ahli batch Gen 08 mendoakan agar Mazafiq terus berusaha dan berjuang seperti mana sahabat-sahabat yang masih berada di Mesir ini, jangan mudah berputus asa dan walaupun tempat kita berjuang itu berbeza, matlamat kita masih sama dan yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang ke atas makhluknya.





Amirul Zuhri
27.10.2011

Sunday 2 October 2011

Jom kembali ke kuliah !!!

Tarikh 2/10/2011 menjadi tarikh bagi warga Gen 08 memulakan sesi pengajian baru, sesi 2011/2012



Setelah hampir dua bulan bercuti, kini tiba masanya bagi kita sekali lagi meneruskan langkah dalam mencari ilmu di bumi Mesir ini.

Diharapkan kepada semua agar terus bersedia untuk menghadapi cabaran bagi tahun pengajian kali ini.

A: Haaa! Kelas dah nak start ke ? Baru je rasenye kite cuti
B: Yela, dah nak start dah.....camne, ada azam baru ke untuk sesi baru ni ?
A: Ntahla....hmm, mgkin nak buat lagi baik dari tahun lepas.....
B: Yep, sentiasa perbaiki diri kite, lebih dari sebelumnya.....eh, haritu aku ada ikut adik-adik junior pergi jaulah tau....tetibe teringat kisah Imam Syafei mase g lawat ke maqam haritu....
A: Ha, pe cer ?? Cecite cecite cecite.....
B: Gini, ................................



Sedikit Kisah Berkaitan Imam Syafie dan Tok gurunya

Pada suatu hari, imam Syafie’ berjumpa gurunya sambil bertanyakan ”Mengapakah aku mengalami kesukaran untuk menghafal?”

Tok gurunya, Imam Waqi’ berkata ” Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat”



Jom sama-sama kita ambik ibrah dari kisah masyhur beliau. Dosa akan menjadi penghalang utama kita dalam menguasai ilmu. Dengan menjauhi dosa dan maksiat, hati kita akan bersih dan seterusnya memudahkan pemahaman dan hafalan kerana sifat ilmu yang suci tidak akan bercampur dengan perkara yang kotor.

Pesanan dan peringatan umum bagi kita yang bergelar penuntut ilmu:

- Ikhlaskan niat belajar kerana Allah taala
- Istiqamah dalam menuntut ilmu
- Menjaga adab-adab sebagai penuntut ilmu
- Urus masa dengan baik dan disiplinkan diri
- Jauhi perkara yang sia-sia
- .....dan banyak lagi 

A: Eleh, benda-benda camni pun nak bagitau ke, ak dah tau la....hehe
B: Ow, dah tau....tapi dah semua ko amalkan ke ??
A: Hmmm......ad la satu je.... :(

Muhasabah diri, 
Perbaiki kesilapan diri, 
Tambah keyakinan di hati, 
Tekadkan matlamat mendapat keredhaan Ilahi,
InsyaAllah semoga usaha kita sentiasa diredhai dan diberkati.

Selamat kembali ke kuliah kepada semua warga Gen 08



Krew blog Gen 08
Holding Hands Towards One Destiny


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More