Wednesday, 30 March 2011

Releasing, mega project: ~PUSTAKA NEXUS~

Rakyat Malaysia yang kini berjumlah 28 juta orang memang tidak sukakan buku! 

Betul ke ???

Sila teliti statistik ringkas ini:

"Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya 'meningkat' kepada dua muka surat pada 2002."

"Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India."

Memang betul la kan......

Jom tanya diri masing-masing pula, adakah kita tergolong dalam golongan yang tidak cakna akan kepentingan membaca ???

Adakah kita tidak mahu mengubah statistik tersebut menjadi:

"Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang paling banyak membaca buku di dunia dengan kadar membaca adalah 10 buah buku seorang dalam masa seminggu berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2013."


"Satu fenomena menarik bagi para pelancong yang berkunjung ke Malaysia adalah melihat setiap rakyatnya tidak pernah lekang dari membaca buku walau ketika berjalan, bersiar-siar mahupun sedang membeli belah."

Mahukah anda menjadikan auta tersebut kepada fakta sebenar ?

Marilah bersama-sama menyertai satu projek mega khusus buat warga Gen 08

~"Pustaka Nexus"~

Antara objektif penubuhan Pustaka Nexus ini adalah:

1. Menyuburkan minat, semangat serta budaya membaca dalam kalangan warga Gen 08.
2. Menyemai sikap bantu-membantu dan saling berkongsi sesama warga Gen 08.
3. Pemudah cara bagi proses peminjaman buku sesama warga Gen 08.  



Upin: Ipin2x, macam best kan Pustaka Nexus ni kan....
Ipin: Eh kau ni, mesti lah best.... Boleh kita sama-sama kongsi dan baca buku-buku yang kita ada kan3x ???
Upin: Betol3x.... Habis tu, macam mana cara nak pinjam buku-buku tu ???
Ipin: Haa, jom la baca panduan kat bawah ni....

Panduan proses peminjaman dan pemulangan buku Pustaka Nexus:

1. Proses peminjaman dan pemulangan buku adalah tanggungjawab pemilik buku dan peminjam. Bagi sesiapa yang berminat untuk meminjam buku, boleh merujuk terus kepada pemilik buku.
2. Peminjam buku bertanggungjawab atas buku yang dipinjam:
    - Buku tidak dikoyak, diconteng, dilipat, diwarnakan menggunakan highlighter
    - Menggunakan penanda buku
    - Tidak membuka seluas-luasnya buku semasa membaca. Hal ini menyebabkan buku tidak dapat ditutup dengan kemas
3. Tidak membawa mahupun membaca buku di dalam tempat yang kurang sesuai, contoh; bilik air.
4. Tidak membiarkan buku basah sama ada tidak sengaja (kopi tertumpah) atau sengaja (membasuh buku).
5. Peminjam buku tidak dibenarkan sama sekali meminjamkan buku kepada pihak ketiga.
6. Tempoh pinjaman buku adalah digalakkan tidak terlalu lama, bagi memberi peluang sama rata kepada orang lain. Cadangan tempoh maksimum pinjaman buku adalah selama seminggu.
7. Buku yang dipinjam adalah tanggungjawab penuh peminjam. Jika berlaku sebarang kerosakann pada buku atau menghilangkannya secara sengaja atau tidak sengaja, peminjam dan pemilik buku hendaklah menggunakan budi bicara masing-masing bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Jadi, apa nak buat lepas ni ???

- Borang senarai buku Pustaka Nexus akan diedarkan kepada semua warga Gen 08 melalui wakil ikhwah dan akhawat yang telah dilantik.
- Borang tersebut hendaklah diisi dengan data-data buku yang dimiliki oleh warga Gen 08.
- Jenis  data buku yang boleh dan tidak boleh diisi akan diterangkan oleh wakil Pustaka Nexus ikhwah dan akhawat. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada wakil-wakil tersebut.
- Nantikan kemunculan data-data buku anda di blog ini selepas siap dikemaskini.
- Sebarang makluman lanjut akan diberitahu kemudian.

contoh borang

Borang hendaklah dihantar kepada wakil Pustaka Nexus pada:
- Ikhwah: 1 April 2011 (Jumaat)
- Akhawat: 6 April 2011 (Rabu)

Jadi jangan buang masa lagi, jom sama-sama memeriahkan Pustaka Nexus dengan jutaan buku-buku milik anda !!!

Semoga projek ini mampu memberikan manfaat buat kita semua, insyaAllah...

Pengarah projek: Anwar bin Noor Azam
Timbalan pengarah: Nadirah binti Mohammad Shahrom

~Pustaka Nexus~
"Membaca Titian Ilmu"

Oleh:


Admin 1 blog Gen 08

Tuesday, 29 March 2011

Majlis Tahlil dan Jamuan Berbuka Puasa Akhawat Gen08

Erti hidup pada memberi. Saat ini minit ini waktu ini kita masih bernafas dan bernyawa syukur kepada Dia yang diatas sana kerana nikmatnya. Namun di saat ini ada diantara mereka yg kita sayangi telah pun pergi meninggalkan kita kerana Allah lebih menyayangi mereka.


Hari khamis 24 mac 2011 yang lepas para akhawat  Gen08 telah mengadakan Majlis Tahlil dan Jamuan Berbuka Puasa. Majlis yang diberi nama Program Menjadi Cerdik kerana Allah itu mendapat sambutan menggalakkan dari para akhawat Gen08 dengan kehadiran lebih separuh dari kami.





Majlis yang dianjurkan oleh tuan rumah 2 Imarah 11 Sayedda Zainab itu bermula dengan jamuan berbuka puasa di rumah 2 kemudian solat maghrib berjemaah sebelum majlis tahlil dimulakan. 


Majlis tahlil diketuai oleh salah seorang dari kami. Kenangan bersama arwah Sir Ishak bagaikan terpapar di mata kami satu persatu. Mungkin kah bila tibanya waktu kami telah tidak bernafas di muka bumi ini akan kah segala yang baik-baik sahaja diingat oleh mereka yg masih hidup. Akan adakah mereka yang ingin menyedekahkan sebuah Al-fatihah untuk kami? Ingat mati mungkin adalah kebanyakan dari kami fikirkan disaat bibir mengatur bait-bait Surah Yasin ketika itu.


Setelah usai solat isyak berjemaah, slot kedua dimulakan dengan tazkirah dan perkongsian dari beberapa rakan yang mendapat keputusan memberansangkan dalam keputusan exam mid year yang lepas. 


"Kena fikir belajar itu seronok" kata Nasywa binti Ahmadi. Slot perkongsian itu sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada sebahagian dari kami yang kurang menyerlah dalam keputusan exam lepas.


Perbaharui niat dan perbanyak niat adalah ayat yang acap kali disebut oleh kita. Bagi antara kami yang hadir dengan niat untuk berjumpa dan bermesra dengan rakan-rakan, ataupun ingin berbuka puasa dengan juadah percuma, alhamdulillah niat itu tercapai. Tidak lupa juga objektif utama majlis ini diadakan telah tercapai dengan kelangsungan majlis ini dengan jayanya tanpa sebarang  masalah.


Majlis berakhir pada pukul 10 malam dengan kidmat mushrif terbaik dari Sayedda Zainab menghantar akhawat pulang ke destinasi kediaman masing-masing.

p/s: sebahagian dari akhawat bermalam di Imarah 11 untuk ber'qiam' dan bersarapan bersama-sama pada keesokannya.

oleh,
Admin 2 Blog Gen08

Saturday, 26 March 2011

MAJLIS PERPISAHAN ABANG FAIZAL

Zenhom, 22 Mac - Setelah 6 tahun setengah menuntut di Mesir dan 2 tahun setengah tinggal bersama sahabat ikhwah di Imarah Zenhom, akhirnya saudara Mohamad Faizal bin Nor Azmi atau nama panggilan manjanya abang Faizal Bobby, pergi meninggalkan bumi anbiya bagi meneruskan cita-citanya menjadi doctor muslim. Justeru sebuah majlis perpisahan telah diadakan bagi mengenang jasa dan masa bersama super senior ini.




Majlis bermula dengan solat isyak berjemaah yang diimamkan oleh beliau sendiri. Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Shamirul dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Amirul Afiq dan diteruskan dengan ucapan daripada saudara Saifullah, warga Gen 08 yang paling rapat dengan abang Faizal dan disusuli dengan ucapan daripada Ketua Batch Gen 08, saudara Nazrin. Rakan abang Faizal iaitu abang Wafi turut diberi peliuang untuk memberikan kata-kata hikmah beliau, dituruti dengan kalam-kalam berharga daripada abang Faizal sendiri.







Antum kena keluar dari kepompong (pelajar melayu) dan terbang mekar menjadi rama-rama yang berwarna-warni,” nasihat beliau dalam mempelajari bahasa arab dan berkawan dengan orang arab bagi memartabatkan akademik dan interaksi pelajar Malaysia.





Acara yang dinanti-nanti telah tiba, para ikhwah pun mula menjamu selera. Nasi yemen saeed menjadi pilihan, semua sahabat menjamu selera dengan penuh kegembiraan. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 4 orang rakan batch beliau termasuk abang Wafi dan 2 orang rakan Mesir, Ahmed Ali dan Moustafa. Sambil hadirin menjamu hidangan pencuci mulut, sebuah video dedikasi khas buat para senior ditayangkan yang memeriahkan  tersebut.











Atas permintaan ramai, beliau mendendangkan lagu Keabadian Cinta yang mendapat tepukan gemuruh daripada para tetamu. Saudara Shamirul pula menyanyikan lagu Semua Untukmu ditujukan khas buat abang Faizal. Jelas sekali lagu-lagu Anuar Zain menjadi pilihan malam tersebut. Turut tidak ketinggalan, Ahmed Ali dan Moustafa juga memberi ucapan ringkas atas permintaan ramai.












Malaysians are wonderful people, and you have a wonderful country. We would like to be like yours. But you have to learn how to give your trust at the right people here in Egypt,” nasihat Ahmed (kawan sekuliah Abang Faizal) dalam mengharungi kehidupan di Mesir.

Dua biji kek yang telah dibeli, akhirnya dipotong beramai-ramai oleh beliau bersama rakan-rakan batchnya. Kesemua ikhwah Gen 08 dan ikhwah Gen 10 Zenhom bergambar beramai-ramai bersama beliau sebagai kenangan malam terakhir bersama senior istimewa ini.



Kami warga Gen 08, ikhwah dan akhawat terhutang budi dan mendoakan kejayaan Abang Faizal di hospital dan kerjaya di masa depan. Maafkan salah silap kami, doakan kejayaan kami dan jangan lupa kami di sini :D




Jangan lupa tonton video khas buat Abang Faizal ni ye !!! =)





Oleh:


Saifullah.


Editor:


Admin blog Gen 08

Thursday, 24 March 2011

Dah tahu keputusan exam !!!

Alhamdulillah, setelah lama menanti waktu keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang tertangguh akibat revolusi di Mesir, akhirnya pada minggu ini, pihak universiti telah mengumumkan keputusan peperiksaan tersebut....

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga Gen 08 atas keputusan peperiksaan anda !!!



Ada yang berjaya pada peperiksaan kali ini, 




ada juga yang kurang bernasib baik 



Jom sama-sama nilai dan kaji balik sejauh mana USAHA yang anda telah curahkan selama ini...

Cukup atau tidak ???


Banyak atau sedikit ??? 

Jangan tanya orang lain, tapi soal diri sendiri.....jawapannya ada pada diri masing-masing....

Jadi sekarang, pilihan telah ada,



nak buat apa lepas ni, 



kemudian, kena yakin dan percaya bahawa,



langkah seterusnya, betulkan niat,



lipatgandakan usaha 



tempuhi halangan yang mendatang,



insyaAllah, semoga Allah mempermudahkan usaha kita untuk mencapai kejayaan, amin..

“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]

~HOLDING HANDS TOWARD ONE DESTINY~

jom usaha untuk peperiksaan akhir tahun pula ye !!!


Oleh:

Admin blog Gen 08

Tuesday, 22 March 2011

Istimewa buatmu, Sir Mohd Ishak Mustapha Kamal [dalam kenangan]...

Firman Allah swt:

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185) 

Sesungguhnya kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati. Hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Bacaan surah al-fatihah dan doa kami panjatkan buatmu, allahyarham Sir Mohd Ishak Mustapha Kamal yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Seorang pendidik dan pensyarah yang berdedikasi, tidak jemu mencurahkan segala ilmu dan pengetahuan yang tersimpan di dada hasil niat serta azam jitu beliau dalam berbakti kepada anak-anak agama, bangsa dan negara.

Seorang sahabat baik kepada anak-anak didik beliau, sentiasa murah dengan senyum, celoteh dan cerita-cerita menarik. Keramahan beliau sentiasa menarik perhatian dan mudah baginya untuk memenangi hati orang di sekeliling beliau.

Ungkapan perpisahan daripada kami, warga Gen 08 a.k.a Middle East Programme 8 (MEP 8):

Imran Bukhari
Al-Fatihah Sir Ishak, semoga roh Sir dicucuri rahmat...

Ahmad Marzuki Bin Yusof
Semoga ALLAH menempatkan guruku, Sir Mohd Ishak Mustapha Kamal dalam kalangan orang-orang yang mendapat nikmat di sana. Takziah saya ucapkan buat keluarga Sir

Asyraf Rahim
Benarlah peringatan terbaik itu adalah kematian. Nyawa diambil tak mengira masa, tempat dan siapa. Adakah kita benar2 bersedia?
Moga Allah merahmati dan mengampuni dosa-dosa lecturer ku Mohd Ishak Mustapha Kamal. Moga dia ditempatkan dalam kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Walau singkat pertemuan kita...u will always be remembered, sir. Al-Fatihah... :'(

Tuan Muhammad Akmalhakim
Daripada Abu Hurairah R.A katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya. (HR Muslim).
Bukan sekadar sedekah jariah yang telah kau kongsikan bersama kami. Sudah pastilah ilmu dan nasihat yang bermanfaat, telah kau curahkan kepada kami. Dan kami akan sentiasa mendoakanmu walau kau tiada bersama kami di dunia ini..

Haziq Kamaruddin
Pengorbanan seorang guru terlalu hebat untuk difikirkan dalam pandangan mata kasar. Bak pepatah mengatakan, "keletihan melakukan kejahatan akan hilang dikemudian hari tetapi kenikmatan membuat kebaikan (ibadah) akan berterusan"
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas arwah yang diingati.

Zul
Thank you, Sir. Masih terngiang-ngiang segala memori dan detik-detik di INTEC bersama Sir, dan yang paling best sekali timee Sir bawak bungkusan McD masuk ke kelas. Yummy !.
Ya Allah, tempatkanlah beliau dalam syurgaMu di sisiMu bersama-sama orang yang beriman.
~Ameen~

Iskandar
Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian....
Yang pergi tetap pergi, kita  yang masih hidup perlu teruskan perjalanan hidup ini. InsyaAllah, sampai masanya nanti kita pula akan menyusul. Semoga roh arwah Sir Ishak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Takziah kepada keluarga beliau.
-JASAMU DIKENANG JUA-

Back-Turn
Telatah Si Ishak tak mungkin saya dapat lupakan. Saya masih ingat gambar Sir Ishak bercermin mata di dalam hand out Sir Ishak. Semoga Allah merahmati Sir Ishak. Amin.

Izzati Hashim
"maka apabila telah tiba waktu yang ditentukan bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak pula mendahulukannya!"
anNahl:61
Al-Fatihah buat sir Mohd Ishak Mustapha Kamal, moga Allah merahmati dirimu di sana. Jasa sir akan dikenang hingga ke akhir hayat.


Atiqah Hanifah
Ilmu yang telah dicurah adalah penambah amalan dan pemberat mizannya, takkan terputus. Al-Fatihah untuk Sir Mohd Ishak Mustapha Kamal, semoga dipermudahkan urusan akhiratnya dan ditabahkan ahli keluarga dan sahabatnya.

Azfa Ammar Elias
Al-Fatihah untuk sir..moga beliau ditempatkan bersama para solehin....~entah bila giliran kita...


Kami akan sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Sir Ishak di sana, semoga segala amal kebajikan dan ilmu yang dicurahkan dapat memberatkan timbangan al-mizan mu di sana. 
Doakan kita sama-sama bertemu lagi di syurga kelak, insyaAllah...

[Dalam kenangan, Mohd Ishak Mustapha Kamal]



Bila pula giliran kita ???

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

Wallahua'lam

Oleh:


Anak didikmu,


Warga Gen 08 a.k.a MEP 8

Sunday, 20 March 2011

Gelagat Gen 08 di Majlis Ramah Mesra bersama KPT

Bersempena dengan lawatan YB Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dan delegasinya ke Mesir pada 16 Mac 2011 baru-baru ini, beliau telah mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar dalam bidang perubatan dan juga bidang agama. Tidak ketinggalan sebanyak 50 tempat dikhaskan buat warga Gen 08 untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis tersebut...

Bagi laporan dulu yek, klik kat sini....

Dah baca laporan ???

Jom lihat pula gelagat warga Gen 08 di majlis tersebut !!!

(just capturing few great moments together)





















Semoga lebih banyak lagi majlis-majlis sebegini dibuat oleh menteri-menteri Malaysia !!!

(di samping dengar nasihat, dapat makan free !!!!)

Oleh:

Admin blog Gen 08



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More