Tuesday 1 March 2011

Laporan Perlawanan Bowling "Winter Break" - Ikhwah

CAIROSatu aktiviti bermain bowling telah diadakan di Panorama Salah Salem bersempena bermulanya “winter break” pada 27 Januari 2011 baru-baru ini.  Walaupun ramai yang kesibukan ‘mempacking’ barang untuk melancong ke luar Mesir, juga kesibukan bermesyuarat, namun itu tidak menjadi penghalang untuk pemain-pemain tegar bowling Gen 08 untuk turut serta. Perlawanan kali ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran dua orang tetamu dari Jordan, Faiz dan Hilmi. Perlawanan pertama berlangsung menyaksikan perlawan sengit antara pasukan Izany dan pasukan Chip. Pertempuran bertambah sengit apabila Chip dan Izany mula membuka jaket masing-masing dan setiap pasukan saling membalas ‘strike’. Turut disaksikan bakat-bakat terpendam, (Pak Lah), begitu mahir bermain bowling apabila balingan pertamanya sudah memperoleh ‘strike’. Namun, sudah menjadi adat dalam setiap perlawanan, ada yang menang dan ada yang kalah. Akhirnya Pasukan Izany (Anwar, Izany, Rahim) berjaya menumpaskan pasukan Chip (Chip, Hilmi, Faiz, Pak Lah) walaupun Chip cuba mengejar apabila melakukan ‘strike’ pada saat-saat akhir. Tak lupa kepada permain terbaik, Anwar Noor Azam, dengan markah 147 diikuti rapat oleh Rahim Samad. Tahniah diucapkan.


Pemainan diteruskan dalam set yang kedua apabila pasukan yang kalah tidak berpuas hati dan mengajak untuk bermain lagi sekali. Permainan kali ini diserikan dengan kedatangan ‘ayam’ baru, Hilmi Husman dan Syafieq Shamsudin. Perlawanan kedua menyaksikan kedua-dua pasukan semakin selesa dengan gelanggang dan mampu memberikan bola yang begitu cantik sekali. Bak kata orang tua, ‘set pertama warm up je, set kedua baru main betul-betul’. Jampi Izany akhirnya menjadi apabila dia melakukan ‘strike’ tanpa henti sebanyak lima kali. Perlawanan kali ini juga menyaksikan pertembungan dua orang Hilmi, Hilmi Jordan dan Hilmi Mesir. Sekali lagi perlawanan yang begitu sengit berlaku. Nampaknya kedua-dua pasukan tidak mahu menyerah kalah. Tetapi, apakan daya, perlawanan kali ini sekali lagi dimenangi oleh pasukan Izany dan kemenangan berada di pihak Hilmi Mesir. Akhirnya pasukan Chip terpaksa akur dengan kehebatan jampi Izany. Dan jampi itu telah berjaya memberi gelaran pemain terbaik kepadanya dengan markah 161. Perlawanan diakhiri dengan solat asar berjemaah. Setiap permain nampak berpuas hati dan mampu mengukir senyuman. Syabas diucapkan. 

Oleh:


Spinothalamic 

1 comments:

pihak berita perubatan bolehlah kalau nak amik anuar sbgi reporter perubatan..ada bakat...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More