Tuesday 22 March 2011

Istimewa buatmu, Sir Mohd Ishak Mustapha Kamal [dalam kenangan]...

Firman Allah swt:

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185) 

Sesungguhnya kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati. Hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Bacaan surah al-fatihah dan doa kami panjatkan buatmu, allahyarham Sir Mohd Ishak Mustapha Kamal yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Seorang pendidik dan pensyarah yang berdedikasi, tidak jemu mencurahkan segala ilmu dan pengetahuan yang tersimpan di dada hasil niat serta azam jitu beliau dalam berbakti kepada anak-anak agama, bangsa dan negara.

Seorang sahabat baik kepada anak-anak didik beliau, sentiasa murah dengan senyum, celoteh dan cerita-cerita menarik. Keramahan beliau sentiasa menarik perhatian dan mudah baginya untuk memenangi hati orang di sekeliling beliau.

Ungkapan perpisahan daripada kami, warga Gen 08 a.k.a Middle East Programme 8 (MEP 8):

Imran Bukhari
Al-Fatihah Sir Ishak, semoga roh Sir dicucuri rahmat...

Ahmad Marzuki Bin Yusof
Semoga ALLAH menempatkan guruku, Sir Mohd Ishak Mustapha Kamal dalam kalangan orang-orang yang mendapat nikmat di sana. Takziah saya ucapkan buat keluarga Sir

Asyraf Rahim
Benarlah peringatan terbaik itu adalah kematian. Nyawa diambil tak mengira masa, tempat dan siapa. Adakah kita benar2 bersedia?
Moga Allah merahmati dan mengampuni dosa-dosa lecturer ku Mohd Ishak Mustapha Kamal. Moga dia ditempatkan dalam kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Walau singkat pertemuan kita...u will always be remembered, sir. Al-Fatihah... :'(

Tuan Muhammad Akmalhakim
Daripada Abu Hurairah R.A katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya. (HR Muslim).
Bukan sekadar sedekah jariah yang telah kau kongsikan bersama kami. Sudah pastilah ilmu dan nasihat yang bermanfaat, telah kau curahkan kepada kami. Dan kami akan sentiasa mendoakanmu walau kau tiada bersama kami di dunia ini..

Haziq Kamaruddin
Pengorbanan seorang guru terlalu hebat untuk difikirkan dalam pandangan mata kasar. Bak pepatah mengatakan, "keletihan melakukan kejahatan akan hilang dikemudian hari tetapi kenikmatan membuat kebaikan (ibadah) akan berterusan"
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas arwah yang diingati.

Zul
Thank you, Sir. Masih terngiang-ngiang segala memori dan detik-detik di INTEC bersama Sir, dan yang paling best sekali timee Sir bawak bungkusan McD masuk ke kelas. Yummy !.
Ya Allah, tempatkanlah beliau dalam syurgaMu di sisiMu bersama-sama orang yang beriman.
~Ameen~

Iskandar
Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian....
Yang pergi tetap pergi, kita  yang masih hidup perlu teruskan perjalanan hidup ini. InsyaAllah, sampai masanya nanti kita pula akan menyusul. Semoga roh arwah Sir Ishak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Takziah kepada keluarga beliau.
-JASAMU DIKENANG JUA-

Back-Turn
Telatah Si Ishak tak mungkin saya dapat lupakan. Saya masih ingat gambar Sir Ishak bercermin mata di dalam hand out Sir Ishak. Semoga Allah merahmati Sir Ishak. Amin.

Izzati Hashim
"maka apabila telah tiba waktu yang ditentukan bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak pula mendahulukannya!"
anNahl:61
Al-Fatihah buat sir Mohd Ishak Mustapha Kamal, moga Allah merahmati dirimu di sana. Jasa sir akan dikenang hingga ke akhir hayat.


Atiqah Hanifah
Ilmu yang telah dicurah adalah penambah amalan dan pemberat mizannya, takkan terputus. Al-Fatihah untuk Sir Mohd Ishak Mustapha Kamal, semoga dipermudahkan urusan akhiratnya dan ditabahkan ahli keluarga dan sahabatnya.

Azfa Ammar Elias
Al-Fatihah untuk sir..moga beliau ditempatkan bersama para solehin....~entah bila giliran kita...


Kami akan sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Sir Ishak di sana, semoga segala amal kebajikan dan ilmu yang dicurahkan dapat memberatkan timbangan al-mizan mu di sana. 
Doakan kita sama-sama bertemu lagi di syurga kelak, insyaAllah...

[Dalam kenangan, Mohd Ishak Mustapha Kamal]



Bila pula giliran kita ???

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

Wallahua'lam

Oleh:


Anak didikmu,


Warga Gen 08 a.k.a MEP 8

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More