Wednesday 30 March 2011

Releasing, mega project: ~PUSTAKA NEXUS~

Rakyat Malaysia yang kini berjumlah 28 juta orang memang tidak sukakan buku! 

Betul ke ???

Sila teliti statistik ringkas ini:

"Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya 'meningkat' kepada dua muka surat pada 2002."

"Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India."

Memang betul la kan......

Jom tanya diri masing-masing pula, adakah kita tergolong dalam golongan yang tidak cakna akan kepentingan membaca ???

Adakah kita tidak mahu mengubah statistik tersebut menjadi:

"Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang paling banyak membaca buku di dunia dengan kadar membaca adalah 10 buah buku seorang dalam masa seminggu berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2013."


"Satu fenomena menarik bagi para pelancong yang berkunjung ke Malaysia adalah melihat setiap rakyatnya tidak pernah lekang dari membaca buku walau ketika berjalan, bersiar-siar mahupun sedang membeli belah."

Mahukah anda menjadikan auta tersebut kepada fakta sebenar ?

Marilah bersama-sama menyertai satu projek mega khusus buat warga Gen 08

~"Pustaka Nexus"~

Antara objektif penubuhan Pustaka Nexus ini adalah:

1. Menyuburkan minat, semangat serta budaya membaca dalam kalangan warga Gen 08.
2. Menyemai sikap bantu-membantu dan saling berkongsi sesama warga Gen 08.
3. Pemudah cara bagi proses peminjaman buku sesama warga Gen 08.  



Upin: Ipin2x, macam best kan Pustaka Nexus ni kan....
Ipin: Eh kau ni, mesti lah best.... Boleh kita sama-sama kongsi dan baca buku-buku yang kita ada kan3x ???
Upin: Betol3x.... Habis tu, macam mana cara nak pinjam buku-buku tu ???
Ipin: Haa, jom la baca panduan kat bawah ni....

Panduan proses peminjaman dan pemulangan buku Pustaka Nexus:

1. Proses peminjaman dan pemulangan buku adalah tanggungjawab pemilik buku dan peminjam. Bagi sesiapa yang berminat untuk meminjam buku, boleh merujuk terus kepada pemilik buku.
2. Peminjam buku bertanggungjawab atas buku yang dipinjam:
    - Buku tidak dikoyak, diconteng, dilipat, diwarnakan menggunakan highlighter
    - Menggunakan penanda buku
    - Tidak membuka seluas-luasnya buku semasa membaca. Hal ini menyebabkan buku tidak dapat ditutup dengan kemas
3. Tidak membawa mahupun membaca buku di dalam tempat yang kurang sesuai, contoh; bilik air.
4. Tidak membiarkan buku basah sama ada tidak sengaja (kopi tertumpah) atau sengaja (membasuh buku).
5. Peminjam buku tidak dibenarkan sama sekali meminjamkan buku kepada pihak ketiga.
6. Tempoh pinjaman buku adalah digalakkan tidak terlalu lama, bagi memberi peluang sama rata kepada orang lain. Cadangan tempoh maksimum pinjaman buku adalah selama seminggu.
7. Buku yang dipinjam adalah tanggungjawab penuh peminjam. Jika berlaku sebarang kerosakann pada buku atau menghilangkannya secara sengaja atau tidak sengaja, peminjam dan pemilik buku hendaklah menggunakan budi bicara masing-masing bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Jadi, apa nak buat lepas ni ???

- Borang senarai buku Pustaka Nexus akan diedarkan kepada semua warga Gen 08 melalui wakil ikhwah dan akhawat yang telah dilantik.
- Borang tersebut hendaklah diisi dengan data-data buku yang dimiliki oleh warga Gen 08.
- Jenis  data buku yang boleh dan tidak boleh diisi akan diterangkan oleh wakil Pustaka Nexus ikhwah dan akhawat. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada wakil-wakil tersebut.
- Nantikan kemunculan data-data buku anda di blog ini selepas siap dikemaskini.
- Sebarang makluman lanjut akan diberitahu kemudian.

contoh borang

Borang hendaklah dihantar kepada wakil Pustaka Nexus pada:
- Ikhwah: 1 April 2011 (Jumaat)
- Akhawat: 6 April 2011 (Rabu)

Jadi jangan buang masa lagi, jom sama-sama memeriahkan Pustaka Nexus dengan jutaan buku-buku milik anda !!!

Semoga projek ini mampu memberikan manfaat buat kita semua, insyaAllah...

Pengarah projek: Anwar bin Noor Azam
Timbalan pengarah: Nadirah binti Mohammad Shahrom

~Pustaka Nexus~
"Membaca Titian Ilmu"

Oleh:


Admin 1 blog Gen 08

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More