Tuesday 28 December 2010

Soccernet mengganas, Koogers menderita....(9 - 4)


SNFC vs Kaherah Koogers

Perlawanan minggu ke 6 LIQA’ tahun ini menemukan SoccerNet FC dan Kaherah Koogers.


Sebelum wisel permulaan dibunyikan, nampak seperti permainan akan berpihak kepada pasukan Koogers berikutan kecederaan buku lali yang dialami penjaga gawang SNFC, Saudara Nazrin Marzuki. Beliau yang tercedera dua hari sebelum perlawanan terpaksa juga dimainkan kerana cinta beliau kepada bola sepak dan pasukan SNFC khususnya. 


Suku pertama perlawanan berkesudahan 2-0 bagi pasukan SNFC walaupun pada awal perlawanan Aiyad Jalizan hampir menolak masuk bola ke gawang sendiri namun Nazrin Marzuki dan Shafiq Rusdi menyelamatkan gol SNFC. Dua gol SNFC dijaringkan oleh Kamil Razak dan Rasyid Rahmat. Kedua-dua gol ini berpunca dari kombinasi mantap antara tiga pemain iaitu Kamil Razak, Rasyid Rahmat dan Anas Kasran.



Suku kedua berkesudahan 5-0 setelah Haziq Kamarudin menjaringkan dua gol untuk SNFC dan satu lagi gol disumbangkan Rasyid Rahmat. Gol dari Rasyid Rahmat kali ini berpunca dari sepakan percuma. Rembatan kencang dari Rasyid Rahmat mencium tiang gol sebelah kanan penjaga gol Koogers sebelom masuk menggegar jaring. Gol tersebut dilihat antara gol terbaik kejohanan ini.


Suku ketiga, Koogers nampak semakin serius bermain dan berjaya merapatkan kedudukan setelah memperoleh dua gol. Namun begitu, SNFC terus menambah derita Koogers dengan dua gol juga. Gol –gol SNFC dijaringkan oleh Kamil Razak. Gol ketiga Kamil Razak (gol ke tujuh SNFC) pada hari ini juga sangat cantik. Kamil Razak membawa bola dari sebelah kiri dan melencongkan bola kesebelah kanan, melepasi penjaga gol Koogers. Saya sangat sukakan detik itu.


Perlawanan dan suku keempat berakhir dengan jaringan SNFC 9 : 4 Koogers. Rasyid Rahmat dan Anas Kasran masing-masing menjaringkan satu gol pada suku terakhir ini dan gol-gol dari Koogers datang dari Alang dan Talhah


Man of the Match : 
Nazrin Marzuki, beliau telah mempertaruhkan kaki dan raga beliau untuk pasukan. Memang ketua batch yang wajar disanjungi.


1 comments:

sebab masa tu blum update lagi...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More