Tuesday 14 December 2010

SC Gabungan

9 Disember 2010, PERUBATAN telah mengadakan sebuah program SC Gabungan dibawah pemantauan Mentor Council. Setiap batch wajib mengendalikan program ini pada tarikh yang ditetapkan. Batch Gen 08 telah  mengadakan program ini di Teratak Marjan (Rumah Engku Fahmi).

Program ini dimulakan dengan ceramah daripada Ustaz Muhammad Farouq B Mohd Ghazali. Beliau membentangkan kitab "Daur Syabab Fi Haml Risalah Tul-Islam" (Peranan Pemuda Dalam Menggalas Risalah Islam). Ustaz berjaya menyampaikan kandungan kitab tersebut dengan kreatif dan menarik. Beliau begitu mesra dalam menyampaikan ceramah beliau. Terdapat dua video yang menarik yang telah ditayangkan oleh beliau.

Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti-aktiviti batch Gen 08. Inilah aktiviti yang sebenarnya dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar gen 08 kerana dimaklumkan bahawa makanan yang lazat akan disajikan kepada mereka. Hakikatnya betul, para akhawat Gen 08 telah bersatu tenaga untuk menyediakan makanan yang begitu enak sekali. Antaranya, koktail buah, kentang pulas bersama telur, mee goreng dan kuih muih.






Sebelum, upacara menjamu selera, terdapat beberapa aktiviti batch yang dijalankan. Pertama ialah pelancaran Blog Batch Gen 08 oleh Mohd Noor Izany B Roslee Noor. Beliau merupakan Ketua Unit Multimedia Batch Gen 08 2010/11. Beliau dikatakan mempunyai bakat luar biasa dalam menghasilkan video-video batch.




Kedua ialah ucapan daripada Mohd Haziq B Alias. Beliau merupakan Ketua Unit Kebajikan Gen 08. 2 anugerah telah diberikan kepada 2 orang pelajar gen 08. Anugerah pertama ialah Anugerah Musyrif Paling Komited yang dimenangi oleh Saudara Amirul Zuhri B Zukipli. Kedua ialah anugerah Akhawat Paling Cakna Musyrif yang dimenangi oleh Nur Izzah Fatimah Azizah bt Mohd Syakir.


Ketiga ialah tazkirah daripada Saudara Mohd Hilmi B Husman. Beliau merupakan Ketua Unit Akademik Batch Gen 08. Beliau memberi tips-tips ketika peperiksaan. Tips beliau dikatakan memberi impak yang positif kepada pelajar-pelajar Gen 08. Terdapat tayang video esklusif daripada Unit Multimedia Akhawat Gen 08.



Seterusnya ialah pemberian kata-kata semangat oleh Saudari Siti Khadijah Bt Daud, Biro Ekonomi PERUBATAN. Hadirnya beliau dihadapan bukanlah untuk mempromosikan barangan-barangan BIKON tetapi semata-mata untuk memberi kata-kata perangsang untuk menyuntik semangat-semangat pelajar-pelajar Gen 08 dalam isu pengorbanan, sempena Hari Pengundian Calon AJKT.


Itu sahajalah berita untuk SC Gabungan Gen 08. Terima Kasih



Unit Berita Gen 08


2 comments:

boleh tak tanya siapa yg tulis berita ni?

haha sengal gile penulis berita ni! XD

btw, batch ada unit berita ye? mohon senarai nama ahli mereka, nanti boleh la minta tolong untuk jabatan berita perubatan yeay.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More