Tuesday 14 December 2010

SNFC vs BUDAK TEMPANG

Perlawanan minggu ke-5 LIQA' sesi 2010/2011 bagi pasukan SNFC adalah berdepan dengan pasukan dari Tahun 2, BUDAK TEMPANG.
Perlawanan tersebut menampilkan pemain SNFC yang selama ini terpaksa direhatkan berikutan kecederaan ligament, Encik Hilmi Husman.

Pada suku masa pertama, SNFC bermula garang dengan memberi asakan bertali arus, namun nasib tidak menyebelahi apabila kebanyakan percubaan yang dilakukan pemain gagal membolosi gawang pasukan lawan yang dijaga rapi oleh Encik Aimatnuddin.
Pasukan BUDAK TEMPANG agak bernasib baik kerana pemain pertahanan mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan meskipun acap kali melakukan sliding tackle.
Suku masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Suku masa kedua dimulakan. SNFC membuat beberapa pertukaran pemain di bahagian serangan dan pertahanan.
Seawal minit ke-4 perlawanan suku masa kedua dimulakan, SNFC dikejutkan dengan jaringan yang dilakukan oleh .... 
Pasukan SNFC memulakan serangan balas. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil setelah Encik Haziq Kamarudin menyempurnakan gerakan cantik yang mengelirukan pihak lawan dari Encik Kamil Razak dan Encik Haziq Alias.
Selang beberapa minit selepas itu, sliding tackle pemain dari pasukan BUDAK TEMPANG membawa padah apabila tackle yang dilakukannya di dalam 'separa bulatan penalti' itu terkena tangan beliau sendiri.
Sekali lagi, Encik Haziq Kamarudin dengan tenang menolak mudah bola tersebut melepasi penjaga gol BUDAK TEMPANG, menjadikan kedudukan 2-1.
Encik Haziq Kamaruddin berpeluang menambah koleksi gol beliau pada petang itu, namun hal itu tidak berlaku berkat ketangkasan sliding tackle pertahanan pasukan lawan.
Suku masa kedua berakhir dengan kedudukan SNFC 2-1 BUDAK TEMPANG.

Pada suku masa ketiga, kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama banyak. Pasukan BUDAK TEMPANG gigih mencari gol penyamaan dan SNFC pula mencari gol bagi menambahkan jurang gol.
Meskipun serangan bertubi-tubi dari kedua-dua pasukan, kedudukan tetap kekal 2-1.

Setelah rehat 2 minit, suku masa keempat dimulakan. Pasukan BUDAK TEMPANG semakin terdesak mencari gol penyamaan. Pemain pasukan tersebut yang sepatutnya bermain di posisi tengah meninggalkan posisi tersebut dan berada di bahagian serangan bagi memantapkan lagi serangan mereka.
Pasukan SNFC menggunakan sebaik mungkin kekosongan di bahagian tengah tersebut dengan kerap kali melakukan serangan balas (counter attack). 
Pada minit-minit akhir suku masa terakhir itu, Encik Rasyid Rahmat meneruskan rekod 'MESTI GOL!!' beliau dengan menjaringkan gol setelah bijak mencuri bola dari kawalan pemain pertahanan BUDAK TEMPANG. 
Wisel penamat dibunyikan menandakan kejayaan dan 3 mata dikutip SNFC. Meskipun ada pasukan yang tewas dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan nampak berpuas hati dengan semangat kesukanan yang telah diberikan.

Man of The Match diberikan kepada Encik 'Sliding Tackle' dari pasukan BUDAK TEMPANG kerana beliau banyak membantu pasukannya menidakkan serangan dan percubaan dari pemain SNFC.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More