Thursday 20 January 2011

Ayuh, Mari Memberi Sumbangan !!!

Assalamualaikum wbt

"Barangsiapa yang melepaskan seseorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia,nescaye Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat,
barangsiapa yang memudahkan urusan (mukmin) yg sulit ,nescaye Allah akan memudahkan urusannya didunie dan akhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim ,
maka Allah akan menutup aibnye di dunie dan akhirat. Dan Allah akan sentiase menolong seseorg hambaNya selama mane hambaNya itu menolong saudaranya."
(H.R MUSLIM)

Ucapan takziah dipanjatkan terhadap kematian Allahyarhamah Nurul Iman Binti Ab Alim yang meninggal dunia akibat keracunan gas. Moga-moga pemergiannya ke alam akhirat dicucuri rahmat Allah taala. Sehubungan itu, diharapkan para sahabat dapat sedikit sebanyak menyumbang dan mendoakan kesejahteraan arwah di alam akhirat sana.

Berikut adalah maklumat kutipan derma kilat untuk arwah Nurul Iman.


Nama:
Nurul Iman Binti Ab Alim (Tahun 3 Perubatan, Universiti Iskandariah)
Tarikh kutipan:
21-27 Januari 2011 (seminggu)

Tujuan kutipan:
1. Membantu meringankan kos pengurusan pengebumian arwah.
2. Sebagai tanda keperihatinan kita sebagai ahli-ahli PERUBATAN.

Bagi yang berminat untuk menderma, boleh menyerahkan sumbangan duit derma kepada saudara Muhammad Haziq bin Alias (ikhwah) dan saudari Nur Idayu bt Shafi'e (akhawat)


Selamat memberi sumbangan & Salam Imtihan 


Oleh:

AJK Kebajikan Gen 8
2010/2011.

4 comments:

bukan ke patut letak Allahyarmah Nurul Iman?????

trima kaseh atas teguran td ye..=)

Dalam bahasa arab tiada istilah Allahyarhamah..
Yang ada hanyalah Allah Yarham ATAU Allah YarhamHu ATAU Allah YarhamHa..
=)

tapi kita orang melayu hafizi...bukan orang arab

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More