Wednesday 26 January 2011

Senyuman dan ucapan "Alhamdulillah" mengakhiri hari peperiksaan.

Tarikh 26 Januari menjadi hari terakhir buat warga Gen 8 menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada sesi pengajian 2010/2011 ini. Hari yang sememangnya dinantikan oleh semua ikhwah dan akhawat kerana selepas lebih kurang dua minggu bertungkus-lumus menelaah buku-buku perubatan, kini bermulalah tempoh cuti pertengahan tahun bagi memberi peluang kepada semua pelajar untuk merehatkan minda masing-masing.

Suasana hari terakhir peperiksaan tidak banyak berubah. Usaha, tawakkal berserta doa mengiringi warga dewan peperiksaan khususnya warga Gen 8 sepanjang tempoh masa 1 jam 30 minit yang diperuntukkan bagi subjek Mikrobiologi. Warga dewan memberikan fokus terbaik sepanjang tempoh tersebut bagi menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Tepat jam 11.30 pagi, pengawas peperiksaan memberikan isyarat tamatnya masa peperiksaan, menandakan usai sudah tempoh menjawab. Perjalanan keluar dari dewan diiringi dengan senyuman dan kegembiraan. Tidak ketinggalan ada pelajar-pelajar yang masih membincangkan soalan-soalan subjek Mikrobiologi bersama rakan masing-masing.





Semua warga Gen meneruskan aktiviti masing-masing selepas berakhirnya peperiksaan kali ini. Laporan yang diterima dari sahabat Gen 8, National Bank of Egypt bertempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kaherah telah diserbu oleh kebanyakkan warga Gen 8, baik dalam kalangan ikhwah mahupun akhawat bagi urusan pengeluaran wang berkemungkinan besar sebagai persediaan perbelanjaan musim cuti sejuk kali ini.


Sebagai peringatan juga, diharapkan bagi mana-mana warga Gen 8 yang akan bermusafir ke luar negara mahupun dalam negara agar menjaga keselamatan diri serta kesihatan agar anda mendapat manfaat dan ilmu yang semaksimum mungkin melalui permusafiran anda kali ini.


Di samping itu, jangan lupa untuk terus berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt agar kita semua dkurniakan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun kali ini. Semoga usaha kita ke arah menjadi seorang bakal doktor yang beriman, berilmu dan bertaqwa dipermudahkan, insyaAllah.


Selamat bercuti kepada semua !!!

Oleh:

Admin blog Gen 8

1 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More