Saturday 15 January 2011

Hari pertama "exam"..Apa cerita???

15 Januari 2011 - Hari yang diselubungi kabus pagi dengan suhu di bumi Mesir mencecah 13 darjah selsius, suasana nyaman yang amat dirindui oleh semua warga bumi anbiya' termasuklah para penuntut fakulti perubatan tahun tiga Universiti Kaherah, hari yang mana warga Gen 8 mula menduduki peperiksaan pertengahan tahun bagi sesi pengajian 2010/2011. Subjek pertama yang mereka tempuhi adalah subjek Patologi.


Berbekalkan semangat dan iltizam yang tinggi, kebanyakkan warga Gen 8 mula memenuhi perkarangan dewan peperiksaan seawal jam 9 pagi. Mereka mengambil peluang yang ada bagi mendapatkan ketenangan diri dan bertanya khabar sesama mereka. Tidak kurang juga antara mereka menggunakan masa dan ruang kosong yang ada untuk mengulangkaji isi-isi dan nota-nota penting sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.



Sekumpulan pelajar ikhwah Gen 8 mula melangkah masuk ke dewan peperiksaan sekitar jam 9.25 pagi, disusuli pula dengan kumpulan pelajar ikhwah dan akhawat yang lain. Lokasi peperiksaan bagi warga Gen 8 kali ini adalah di tingkat satu dewan peperiksaan universiti, lokasi yang sama seperti mana sesi pengajian tahun lalu, cuma berbeza sedikit dari segi kedudukan dan susunan pelajar. 


Suasana di dalam dewan peperiksaan tidak banyak berubah. Ada yang masih tekun meneliti nota-nota penting dan tidak kurang juga yang rancak berbual bersama sahabat masing-masing. Lima minit sebelum jam 10 pagi, semua pelajar mula mengambil tempat masing-masing dan kertas soalan patologi mula diedarkan oleh pengawas peperiksaan yang bertugas.       


Peperiksaan berlangsung selama dua jam bermula dari jam 10 pagi dan berakhir tepat jam 12 tengah hari. Keadaan di dalam dewan menjadi sepi seketika, ditemani hanya dengan bunyi-bunyi kecil pen dan kertas semasa warga dewan fokus menjawab soalan-soalan yang diberikan.


Bagi mana-mana pelajar yang telah selesai menjawab kesemua soalan sebelum waktu peperiksaan berakhir adalah dibenarkan untuk keluar awal dari dewan peperiksaan. Berikut disenaraikan 10 pelajar pertama dari warga Gen 8 yang meninggalkan dewan peperiksaan sebelum waktu peperiksaan berakhir, bermula jam 11.25 pagi dan berlanjutan ke beberapa minit sebelum jam 12 tengah hari:

1) Anwar bin Noor Azam
2) Mohammad Nazrin bin Marzuki
3) Siti Zulaikha bt Mohamed Hashim
4) Muhammad bin Rahimi
5) Ahmad Syafieq bin Shamsuddin
6) Amir Syahid bin Ezani
7) Anas bin Kasran
8) Nur Idayu bt Shafi'e
9)  Nur Atiqah bt Mohd Hanifah
10) Fadzlin bt Abdul Aziz

Warga Gen 8 yang lain mula meninggalkan dewan peperiksaan selepas jam 12 tengah hari bersama-sama pelajar arab yang lain.


Usai sahaja peperiksaan, semua warga Gen 8 kelihatan gembira dan berpuas hati dengan usaha mereka bagi peperiksaan subjek patologi kali ini. Semestinya ada kelemahan dan kekurangan yang masih boleh diperbaiki pada masa akan datang namun yang penting adalah usaha yang tekun itu mudah-mudahan dipandang oleh Allah swt, insyaAllah. Semoga semua warga Gen 8 mendapat kejayaan yang cemerlang dalam subjek patologi ini dan juga subjek-subjek lain yang akan menyusul selepas ini.



4 comments:

Salam, cdgn saya adalah; kalau boleh setiap artikel biarlah disertakan nama penulisnya..

Rasanya dah ada yg komen mcm ni sebelum ini..Cuma, mcm x dilayan je..

Maaf saya katakan, perkara ni amat2 penting dalam mana2 organisasi/persataun, demi memastikan org yg menulis mana2 artikel bertanggungjawab terhadap apa yg ditulisnya..

Sekadar pandangan peribadi yg umum.
Wallahu '3lam.

saya setuju dengan kata-kata hafizi. ye betul dan tepat sekali.

Salam,
Terima kasih atas teguran diatas..

Saya akui memang sesetangah berita tidak mempunyai penulisnya.Kami akan cuba memperbaiki masalah ini.

Insha Allah lepas ini, berita atau artikel yang dihantar oleh individu-individu tertentu akan ditulis namanya sebagai penulis berita atau artikel yang dihantar.

Namun begitu, berita yang ditulis oleh admin, namanya tidak akan ditulis. Jadi, sebarang masalah atau ketidakpuashatian tentang berita yang dihantar oleh admin boleh terus rujuk saya selaku web master blog batch ini. Kerana, sebarang artikel atau berita yang dihantar atas arahan saya.

Untuk pengetahuan anda semua, setakat ini blog batch kita ada tiga orang administrator. Nama mereka masih belum direveal secara rasmi.

Saya pun masih baru dalam pengendalian blog memandangkan saya tidak pernah ada blog. Jadi sebarang teguran amat dialu-alukan.

Akhir kata, selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Holding Hands Toward One Destiny

By
Muhammad Ridzuan
Web Master Blog Batch Gen08

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More