Thursday 6 January 2011

Laporan Majlis Gilang Gemilang Menghadap Al-Khaliq....

Tanggal 6 Oktober 2011, pihak ikhwah Gen 8 telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Gilang Gemilang Menghadap Al-Khaliq sebagai salah satu persiapan rohani menjelang ketibaan tarikh peperiksaan pertengahan tahun tidak lama lagi. 

Majlis bermula dengan ketibaan para ikhwah Gen 8 yang sama-sama turun tidak kira jauh mahupun dekat dan berkumpul beramai-ramai di Baitul Awwal, Imarah Zenhom. Usai azan maghrib dilaungkan, semua ikhwah menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah yang telah diimamkan oleh saudara Mohamad Amirul Afiq bin Mohd Sor.
Majlis diteruskan lagi dengan solat sunat hajat bersempena dengan peperiksaan pertengahan tahun, diimamkan oleh saudara Muhammad Shahir bin Shahibullah. Selain meminta pertolongan Allah swt agar dipermudahkan dalam mengulangkaji pelajaran dan menjawab peperiksaan, doa juga dipanjatkan memohon bantuan bagi pihak Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka (BKKIM) yang sedang diuji dengan masalah bakal digantikan dengan persatuan baru iaitu IMAM, dan doa juga dipanjatkan agar kemelut dalaman yang sedang berlaku di negeri Selangor dipermudahkan dan selesai dengan cara yang baik.



Selesai sahaja solat sunat hajat, para ikhwah yang dilihat terus khusyuk dan bersemangat menyambung majlis dengan bacaan surah yassin secara beramai-ramai. Berakhirnya bacaan surah yassin yang telah diketuai oleh saudara Mohamed Shafiq bin Mohamed Rusdi, beberapa ikhwah mengambil peluang memberikan kata-kata nasihat, kalam taujihat serta pengumuman-pengumuman penting berkaitan peperiksaan, antaranya saudara Muhammad Hilmi bin Husman, saudara Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi dan pengerusi batch Gen 8, saudara Mohammad Nazrin bin Marzuki


Selepas menunaikan solat fardhu isya' berjemaah, diimamkan oleh saudara Mohamed Shafiq bin Mohamed Rusdi, semua ikhwah bersalam-salaman dan saling bermaafan sebagai menguatkan lagi tali ukhuwah sesama ahli batch. Sedikit jamuan ringan diadakan sebelum majlis bersurai.




4 comments:

sayA sarankan semua berita harus disertakan dengan nama penulis..Ini merupakan etika profesional..
menunjukkan pennulis bertanggungjawab atas apa yang ditulisnya

trima kaseh ats cdgan dan teguran....insyaALlah kami sntiasa berusaha ntuk mmperbaiki stiap kelemahn y timbul....

cdgan anynomous akn kami prtimbagkan....

baguslah camni...semua ahli batch perihatin...teruskan membuka laman web batch..kalau bukan kita,siapa lagi..

bak kata pepatah...
KALAU BERANI,BUKA LAH!!!!!

bestnyer pepatah saudara backturn......hehe

^_^......

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More