Wednesday, 25 May 2011

SALAM IMTIHAN !!!

Masanya telah tiba



Anda rasa cemas dan bimbang ???



Tertekan dan tidak bermotivasi ???



Menghitung hari menjelang peperiksaan.....



"Exam" datang lagi !!!



Nak tahu tip-tip menarik menjelang exam ? Jom baca pautan-pautan di bawah....




Dan jom sama-sama amalkan beberapa baris doa untuk memudahkan ulangkaji kita...

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”




Kita merupakan harapan ibu bapa dan keluarga,



Harapan mendapatkan ilmu dan juga segulung ijazah,



Jadi, jom kita sama-sama mulakan langkah,



Tapi hati-hati jangan pula sampai jadi "student dying" = ???



=D

Ya Allah, bantulah kami dalam memahami ilmuMU, mudahkan kami menghafaz ilmuMU, tetapkanlah segala ilmu yang kami pelajari ini dalam dada dan ingatan kami, kuatkan daya ingatan kami dan jauhi kami daripada penyakit lupa Ya Allah......

YA Allah, kurniakanlah kami keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kami, berkatilah segala ilmu yang kami pelajari selama ini, dan kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat.....

Salam imtihan kami ucapkan kepada semua warga Gen 08 !!!


istimewa dari kami, 

Krew blog Gen 08

Tuesday, 17 May 2011

"~YOU DECIDE~"

Try to choose someone with outstanding leadership ???



Have someone in your mind of to be our next leader ???



Someone that can continue our longstanding & superb Gen 08's legacy ???



They will finally step down, AND


Now it is the time.....



For all of you to decide....


The next leaders for Gen 08...

Who will step up and lead us to victory and glory.......



.....Coming to you, Gen 08 election.....

for more update & information, visit 

Official Gen 08 yahoo group and FB group

Brought to you by:


Stress for final?? E-LEARNING@ PERUBATAN

Assalamualaikum w.b.t...

Wish to a be a good explorer :-/ confused ??? 

Be the first one,here's our helpful guide to get started. At  E-LEARNING for sure!!!;) winking;) winking;) winking

A learning forum for medical students  now inside your browser...

You might like these posts...


3)Note: medical drugs reference software-->http://e-learning.perubatan.org/index.php?topic=960.0
5)Collections of mid year exam questions, ain shams mcq collections, oral questions(pathology)-->http://e-learning.perubatan.org/index.php?board=92.0

Lets be one of our member here http://e-learning.perubatan.org/index.php :) happy and share your own great posts such as benificial links covering interesting  and efficient ways of study , motivational articles and enjoy new general discussions.




Together we cultivate mindfulness and together we reach Mumtaz , Bi iznillah, 
In sha Allah.Shokran. Assalamualaikum w.b.t.





"Daripada Abu Ruqayah Tamim Ad-Dari r.a ,sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda "Agama adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?". Baginda bersabda,"Untuk Allah, kitab-Nya ,rasul-Nya dan untuk pemimpin kaum muslimin dan rakyat-Nya."" ~HR Bukhari & Muslim~





Nursyaqira Fariza Ibrahim
Campaign & Promotion Unit
E-LEARNING
PERUBATAN ACADEMIC  BUREAU

Oleh: 

Admin blog Gen 08

Saturday, 14 May 2011

JANGANLAH BERPUTUS ASA, REZEKI ITU DARI ALLAH…


Jom hayati cerita seekor semut..

Pada zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah2 padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman pun bertanya pada si semut: “wahai semut, apakah engkau yakin ada makanan untukmu?”

Semut pun menjawab: “rezeki datang dari ALLAH. Aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu yang kering ini ada rezeki untukku”.

Lantas nabi sulaiman pun bertanya: “wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?

Jawab semut: “aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

Nabi Sulaiman pun mencadangakan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan, tak payah kamu melata di atas batu ini, aku boleh tolong”.

Nabi Sulaiman pun mengambil satu bekas dan memasukkan si semut itu bersama sebiji gandum ke dalamnya, lalu ditutup bekas tadi. Lalu dia meninggalkan semut itu selama satu bulan. Bila cukup satu bulan, Nabi Sulaiman kembali dan melihat gandum yang sebiji itu hanya dimakan separuh sahaja oleh si semut. Lantas Nabi Sulaiman menempelak: “kamu rupanya berbohong padaku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, sekarang sudah sebulan tapi kamu makan hanya separuh”.

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu, aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Bagaimana kawan2?? Itulah dia, seekor semut yg kecil, namun keyakinan dan kepercayaannya pada Allah cukup hebat. Tidak mahukah kita menjadi sepertinya?? Tidak pernah berhenti berusaha kerana yakin rezeki itu datangnya dari Allah..kerana pastinya semut itu percaya dengan kata2 ALLAH.
“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” .Yusuf:87

Sesuai dengan fatrah exam sekarang, jom kita sama2 usaha…sebagai hambaNya, kita hanya mampu berusaha namun natijahnya, hanya DIA yang berkuasa menentukannya. Kerana apa? Kerana dunia ini bukanlah matlamat utama, dunia ini bukanlah segalanya tapi akhirat itu yang kita cari, akhirat itu yang kekal abadi. Biarlah usaha kita sebahagian daripada beratnya AL-MIZAN. Tetapi, usaha itu bukanlah usaha yang biasa2, bukanlah usaha yang sekadarnya tetapi usaha yang MUMTAZ pada pandanganNya. Jom Tanya pada diri sendiri, bagaimana dengan usaha kita setakat ini??

Kadang2 kita terlalu memikirkan bahawa masa sudah terlalu singkat sehingga lupa untuk bertindak. Ayuh kawan2, mula dari sekarang, daripada saat ini…sesungguhnya masa yang ALLAH pinjamkan bukanlah untuk disia-siakn. Sehari itu bermakna, sejam itu bermakna, seminit itu bermakna, sesaat itu bermakna, juga setiap nafas itu bermakna dan pastinya akan ditanya ke mana perginya di akhirat kelak. Ayuh kawan2! MUMTAZ BERSAMA!

~wallahua’lam~

oleh,
Nasywa binti Ahmadi

Wednesday, 11 May 2011

Perutusan rasmi saf kepimpinan Gen 08 sempena Fatrah Peperiksaan Akhir.



Assalamualaikum wbt.


Semoga para sahabat Gen 08 berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa mendapat rahmat serta keampunan daripada Allah swt, insyaAllah.


Setelah hampir setahun kita menempuhi sesi pengajian tahun 2010/2011 kali ini yang sarat dengan pelbagai peristiwa, kisah suka duka dan perkara telah berlaku, maka akhirnya kita hampir tiba ke penghujung sesi pengajian tahun ini.


Sesi pengajian yang boleh dikatakan sangat bermakna kerana sesi kali ini berbeza daripada sesi sebelumnya. Hal ini kerana telah berlakunya satu sejarah besar bukan sahaja kepada negara Mesir bahkan impaknya boleh dirasakan ke negara arab sekeliling dan seluruh dunia. Revolusi Mesir telah tertulis di lembaran sejarah dan kesan daripada perkara tersebut, pengajian kita bukan sahaja menjadi sangat padat pada semester kedua ini, kita seolah-olah menghadapi kejutan budaya berikutan beberapa perubahan dilakukan oleh pihak universiti berkaitan pengajian seperti jadual kuliah dipanjangkan menjadi sebanyak enam hari, beberapa topik yang dianggap tidak penting ditangguhkan silibusnya dan kelas-kelas tambahan menjadi rutin harian kita setiap minggu.


Namun, ingatlah para sahabat sekalian, jangan sesekali menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang kepada usaha kita dalam mendalami ilmu perubatan ini dan seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun kali ini.


Tarikh peperiksaan akhir tahun semakin menghampiri dan saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua sahabat Gen 08 agar menggunakan sepenuhnya masa dan ruang yang ada untuk mengulangkaji pelajaran masing-masing. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang boleh dikatakan kurang memuaskan secara keseluruhannya dan melipatgandakan usaha kita dalam peperiksaan akhir tahun pula. Kami saf kepimpinan batch sesi 2010/2011 mendoakan kejayaan kita bersama dan sama-samalah kita menuju ke arah kecemerlangan bukan sahaja di dunia malah di akhirat sana. 


Akhir kalam, salam perjuangan dan salam imtihan diucapkan kepada semua, semoga Allah membantu kita dalam setiap langkah mujahadah dalam mencapai redhaNYA, insyaAllah.


Sekian, terima kasih.


~Holding Hands Towards One Destiny~


Yang menjunjung amanah,
Mohamad Nazrin bin Marzuki
Ketua Batch Gen 08
Sesi 2010/2011.


Tuesday, 10 May 2011

Trivia Kasr El Ainy Medical School !!!

Trivia !!!

Andakah anda kenal fakulti perubatan Kasr El Ainy ???

Anda mengaku anda pelajar fakulti perubatan Kasr El Ainy ???

Sudah hampir tiga tahun anda menuntut di fakulti perubatan Kasr El Ainy ???




Kalau anda kenal dan sayang fakulti anda, jom kita sama-sama tengok fakta-fakta menarik berkenaan Kasr El Ainy Medical School. 



1. Pada sesi pengajian 2010/2011,  jumlah besar pelajar Kasr El Ainy Medical School, dari tahun 1 hingga tahun 6, termasuk pelajar Mesir dan negara lain adalah seramai 8687 orang pelajar. 


2. Perjanjian persefahaman (MoU) antara Kasr El Ainy Medical School dan kerajaan Malaysia telah persetujui pada tahun 2007. 


3. Nama pertama Kasr El Ainy Medical School seawal penubuhannya adalah Al-Ainy
Pacha pada tahun 1827.






4. Jumlah pelajar Malaysia (MoU) bermula tahun 2007 hingga 2011 adalah seperti berikut:
- 2006/2007: 108
- 2007/2008: 243
- 2008/2009: 348
- 2009/2010: 450
- 2010/2011: 559


5. Dekan terbaru Kasr El Ainy Medical School bermula tahun 2011 Prof. Lamis Ragab, seorang pakar pediatrik dan pediatrik hematologi serta pernah menuntut di Kasr El Ainy Medical School dari tahun 1970 hingga 1977.


6. Research Strategic Plan [2011-2015] telah dilancarkan dan antara sasaran pelan ini adalah:
- Improve the care provided to the Egyptian population  
- Establish interdisciplinary research
- Define and identify research groups and communicate them with counterparts at other universities
- Follow the research plan of the university 


7. Kasr El Ainy Medical School memiliki 36 jabatan, 42 unit khas, 5200 katil di 9 hospital berbeza yang secara purata membantu 2 juta pesakit setiap tahun.






8. Senarai hospital Kasr El Ainy Medical School:
- Al Manial University Hospital: Constitutes three floors, 36 departments 36 operation theatres, 1494 beds, 1422 doctors, 235  pharmacists, more than three thousands staff members.
- Gynaecology & Obstetrics Hospital: 3 floors, 258 beds, 4 operation
Theatres
- Emergency Hospital: 9 floors 198 beds, 3 operation theatres.
- Internal Medicine, Hospital: 7 floors, 339 beds.
- Specialized pediatric Hospital (Alyabani): 7 floors, 374 beds, 8 operation theatres.
- Monira Pediatric Hospital (Abu El Rish): 6 floors, 258 beds, 6  operation theatres.
- Preventive Medicine Center: 23 beds.
- Oncology & Nuclear Medicine Center: 103 Beds, one operation  theatre.
Critical Care Unit: 53 beds.
- Nephrology Unit (King Fahd Unit): 93 beds, 4 operation theatres.
- Specialized Manial Hospital: (Forth floor): 283 beds, 10 operation  theatres.


dan banyak lagi fakta-fakta yang belum diselongkar oleh kita...

sumber: http://www.medicine.cu.edu.eg/beta/en

Jom sayang fakulti dan berbanggalah kerana anda semua adalah bakal graduan Kasr El Ainy Medical School, Cairo University.....

Pesanan ringkas ini telah dibawakan oleh:

Admin blog Gen 08

Friday, 6 May 2011

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR, TAHUN TIGA 2010/2011


JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR, TAHUN TIGA 2010/2011 – UNIVERSITI KAHERAH

JADUAL PEPERIKSAAN PRAKTIKAL

TARIKH / HARI
SUBJEK
23/5/2011 - ISNIN
MICROBIOLOGY
25/5/2911 - RABU
PARASITOLOGY
29/5/2011 - AHAD
PATHOLOGY

JADUAL PEPERIKSAAN BERTULIS DAN ORAL

TARIKH / HARI
SUBJEK
MASA
7/6/2011
- SELASA
PATHOLOGY
[PAPER 1]

10 – 12 p.m
8/6/2011
- RABU
PATHOLOGY
[PAPER 2]

10 – 12 p.m
16/6/2011
- KHAMIS
MICROBIOLOGY [WRITTEN]

10 – 12.30 p.m
20/6/2011
- ISNIN
MICROBIOLOGY [ORAL]


22/6/2011
- RABU
PATHOLOGY
[ORAL]


27/6/2011
- ISNIN
PARASITOLOGY [WRITTEN]

10 – 12 p.m
6/7/2011 –
 RABU
PHARMACOLOGY [PAPER 1]

10 – 12 p.m
7/7/2011
- KHAMIS
PHARMACOLOGY [PAPER 2]

10 – 12 p.m
9/7/2011
- SABTU
PHARMACOLOGY [ORAL]


11/7/2011
- ISNIN
PARASITOLOGY [ORAL]



Di sini juga ada disertakan pautan untuk jadual peperiksaan akhir tahun bagi tahun 1 dan tahun 2, jangan lupa doakan juga sahabat-sahabat Gen 08 yang berada di tahun tersebut, biarlah susah dan senang kita hadapi bersama, kejayaan dan kemenangan kita kecapi bersama, insyaAllah.

Jadual tahun satu


Jadual tahun dua

~HOLDING HANDS TOWARDS ONE DESTINY~ 

Oleh:


Admin blog Gen 08
                                                                                                       


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More