Wednesday 11 May 2011

Perutusan rasmi saf kepimpinan Gen 08 sempena Fatrah Peperiksaan Akhir.



Assalamualaikum wbt.


Semoga para sahabat Gen 08 berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa mendapat rahmat serta keampunan daripada Allah swt, insyaAllah.


Setelah hampir setahun kita menempuhi sesi pengajian tahun 2010/2011 kali ini yang sarat dengan pelbagai peristiwa, kisah suka duka dan perkara telah berlaku, maka akhirnya kita hampir tiba ke penghujung sesi pengajian tahun ini.


Sesi pengajian yang boleh dikatakan sangat bermakna kerana sesi kali ini berbeza daripada sesi sebelumnya. Hal ini kerana telah berlakunya satu sejarah besar bukan sahaja kepada negara Mesir bahkan impaknya boleh dirasakan ke negara arab sekeliling dan seluruh dunia. Revolusi Mesir telah tertulis di lembaran sejarah dan kesan daripada perkara tersebut, pengajian kita bukan sahaja menjadi sangat padat pada semester kedua ini, kita seolah-olah menghadapi kejutan budaya berikutan beberapa perubahan dilakukan oleh pihak universiti berkaitan pengajian seperti jadual kuliah dipanjangkan menjadi sebanyak enam hari, beberapa topik yang dianggap tidak penting ditangguhkan silibusnya dan kelas-kelas tambahan menjadi rutin harian kita setiap minggu.


Namun, ingatlah para sahabat sekalian, jangan sesekali menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang kepada usaha kita dalam mendalami ilmu perubatan ini dan seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun kali ini.


Tarikh peperiksaan akhir tahun semakin menghampiri dan saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua sahabat Gen 08 agar menggunakan sepenuhnya masa dan ruang yang ada untuk mengulangkaji pelajaran masing-masing. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang boleh dikatakan kurang memuaskan secara keseluruhannya dan melipatgandakan usaha kita dalam peperiksaan akhir tahun pula. Kami saf kepimpinan batch sesi 2010/2011 mendoakan kejayaan kita bersama dan sama-samalah kita menuju ke arah kecemerlangan bukan sahaja di dunia malah di akhirat sana. 


Akhir kalam, salam perjuangan dan salam imtihan diucapkan kepada semua, semoga Allah membantu kita dalam setiap langkah mujahadah dalam mencapai redhaNYA, insyaAllah.


Sekian, terima kasih.


~Holding Hands Towards One Destiny~


Yang menjunjung amanah,
Mohamad Nazrin bin Marzuki
Ketua Batch Gen 08
Sesi 2010/2011.


2 comments:

"beberapa topik yang dianggap tidak penting dibuang daripada silibus"
Pembetulan: ditangguhkan :D

@anonymous:

"beberapa topik yang dianggap tidak penting dibuang daripada silibus"
Pembetulan: ditangguhkan :D
[edited]

syukran..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More