Saturday 14 May 2011

JANGANLAH BERPUTUS ASA, REZEKI ITU DARI ALLAH…


Jom hayati cerita seekor semut..

Pada zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah2 padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman pun bertanya pada si semut: “wahai semut, apakah engkau yakin ada makanan untukmu?”

Semut pun menjawab: “rezeki datang dari ALLAH. Aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu yang kering ini ada rezeki untukku”.

Lantas nabi sulaiman pun bertanya: “wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?

Jawab semut: “aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

Nabi Sulaiman pun mencadangakan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan, tak payah kamu melata di atas batu ini, aku boleh tolong”.

Nabi Sulaiman pun mengambil satu bekas dan memasukkan si semut itu bersama sebiji gandum ke dalamnya, lalu ditutup bekas tadi. Lalu dia meninggalkan semut itu selama satu bulan. Bila cukup satu bulan, Nabi Sulaiman kembali dan melihat gandum yang sebiji itu hanya dimakan separuh sahaja oleh si semut. Lantas Nabi Sulaiman menempelak: “kamu rupanya berbohong padaku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, sekarang sudah sebulan tapi kamu makan hanya separuh”.

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu, aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Bagaimana kawan2?? Itulah dia, seekor semut yg kecil, namun keyakinan dan kepercayaannya pada Allah cukup hebat. Tidak mahukah kita menjadi sepertinya?? Tidak pernah berhenti berusaha kerana yakin rezeki itu datangnya dari Allah..kerana pastinya semut itu percaya dengan kata2 ALLAH.
“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” .Yusuf:87

Sesuai dengan fatrah exam sekarang, jom kita sama2 usaha…sebagai hambaNya, kita hanya mampu berusaha namun natijahnya, hanya DIA yang berkuasa menentukannya. Kerana apa? Kerana dunia ini bukanlah matlamat utama, dunia ini bukanlah segalanya tapi akhirat itu yang kita cari, akhirat itu yang kekal abadi. Biarlah usaha kita sebahagian daripada beratnya AL-MIZAN. Tetapi, usaha itu bukanlah usaha yang biasa2, bukanlah usaha yang sekadarnya tetapi usaha yang MUMTAZ pada pandanganNya. Jom Tanya pada diri sendiri, bagaimana dengan usaha kita setakat ini??

Kadang2 kita terlalu memikirkan bahawa masa sudah terlalu singkat sehingga lupa untuk bertindak. Ayuh kawan2, mula dari sekarang, daripada saat ini…sesungguhnya masa yang ALLAH pinjamkan bukanlah untuk disia-siakn. Sehari itu bermakna, sejam itu bermakna, seminit itu bermakna, sesaat itu bermakna, juga setiap nafas itu bermakna dan pastinya akan ditanya ke mana perginya di akhirat kelak. Ayuh kawan2! MUMTAZ BERSAMA!

~wallahua’lam~

oleh,
Nasywa binti Ahmadi

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More