Resepi

Kuih Keria

try jom!

Kuliah selalu mula awal pagi sampaikan kadang-kadang tak sempat nak sarapan, sampai kelas perut dah menyanyi…tumpuan pun dah lari. Sarapan tu kan penting, jom kita buat kuih keria frozen banyak-banyak, simpan dalam peti, lepas tu bangun pagi-pagi terus goreng. Tapi jangan lupa gosok gigi dulu ye ^_^

Bahan-bahan (  utk 20 biji saiz comel2 )
500gm ubi keledek 
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam                                                                                             
3 sudu besar gula dan sedikit air

Cara-cara
1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng. 
7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
8. Didihkan gula hingga pekat.
9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
12. Jom kita makan.

p/s: kalau nak kreatif, buatlah kuih bentuk bintang ke, hati ke, 4 segi ke ataupun bulat. Tapi kalau susah sangat, buat bentuk amoeba pun boleh, asalkan SEDAP!! >_<



***************

Cekodok Bawang


Penat belajar perubatan? Perut terasa lapar? Ahli bait tidak masak? Jangn risau, jangan gentar. Sebab di sini ada resepi cekodok bawang. Mudah dan ringkas.


Bahan-Bahan:

300g tepung gandum
1 bj bawang besar
6 helai daun bawang
1/2sb garam
secubit ajinomoto
1 bj telur
air pd suhu bilik
3 cawan minyak masak

Cara-cara Memasak


1)Bawang besar dipotong kecil2 @ di potong dadu. Daun bawang dipotong 3cm panjang.
2)Dalam bekas besar satukan tepung,garam dan ajinomoto dan digaul rata. Masukkan bawang & daun  bawang. Kacau biar sekata.
3)Masukkan 1/2 cawan air dan di gaul sekata. Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau biar tepung sekata dgn air & telur tadi. Kemudian masuk lagi air sikit demi sedikit hingga adunan tdk cair/tdk pekat.
4)Perap selama 15-30mnt. Kemudian goreng dlm minyak panas hingga kekuningan dan garing sedikit. 5)Sedap makan dgn sos cili :)

p/s : Aji namoto tu kalau x letak pun dah sedap. Selamat Mencube...










NUGGET AYAM

Terasa nak makan nugget tapi malas nak beli kat kedai ataupun nak jimat budget? Jom buat sendiri. Sila gunakan prinsip try and error. ^^


Bahan-Bahan:
200gm daging ayam hancur
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
Oregano


Salutan luar:
1-2 biji telur yang dipukul rata
Breadcrumbs


Cara-cara membuat:
1. Gaulkan semua bahan-bahan basah (daging ayam, tepung gandum, garam, oregano - jika tiada oregano boleh digantikan dengan lada hitam)
2. Kepalkan kecil-kecil membentuk nugget yang anda inginkan, bulat?  petak? bentuk love? silakan.
3. Panaskan minyak atas api
4. Celupkan kepalan nugget anda dengan salutan telur kemudian salutkan dengan breadcrumbs
5. Gunakan api sederhana untuk menggoreng nugget
6. Goreng hingga kekuningan. Jeng2...siap dan sedia untuk dihidang. Dan dimakan. Adunan ini boleh menghasilkan 10 biji nugget ayam.


NB: Ditakdirkan anda terbeli daging lembu hancur meskipun hakikatnya di bungkusan itu tertera perkataan firokh serta gambar ceria seekor ayam, demi menyelamatkan keadaan, anda dinasihatkan untuk menambah bawang cincang serta tepung gandum ke dalam adunan tersebut.

Bentukkan seperti oval atau bulat yang leper dan goreng di atas kuali dengan minyak yang minima dan anda akan dapat Krabby Patty yang sedap.

p/s: Tried and tested by Haru M.


Selamat Mencuba!!! (^-^)
---------------------------------------------

PANCAKE


Lewat bangun untuk ke kelas? Malas memasak sarapan pagi tapi perut perlu diisi? Kami ada jawapan untuk anda. Pancake!!! Mudah, jimat masa dan jimat bahan >.<


Bahan-bahan:
Bahan Kering
a. 2 cawan tepung gandum
b. 1 sudu teh garam
c. 3 sudu teh sodium bicarbonate
d. 2 hingga 4 sudu besar marjerin


Bahan Basah
a. 1 1/4 cawan susu segar
b. 1/4 cawan gula
c. 2 biji telur


Cara-cara membuat:
1. Campurkan tepung gandum, sodium bicarbonata dan marjerin. Ramas hingga sebati.
2. Campurkan susu, telur, gula dan garam dalam mangkuk lain dan gaul hingga rata.
3. Setelah sebati campuran tepung tadi, masukkan campuran susu dan yg lain. Gaul hingga rata dan sebati.
4. Masak diatas kuali "non-stick" tanpa minyak. Masak sehingga warna bertukar keperang-perangan. Siap untuk dihidang. Adunan ini boleh menghasilkan 8 keping pancakes! Selamat menjamu selera!!

1 comments:

ni macam menu penduduk tngkt 6 imarah zenhoum.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More