Thursday 27 October 2011

~Kami Undur Diri~

Kami Undur Diri...

Alhamdulillah, setelah hampir 10 bulan blog rasmi Gen 08 yang telah dilancarkan pada tarikh 9 Disember 2010 dan dirasmikan oleh ajk multimedia Gen 08 2010/2011 iaitu saudara Mohd Noor Izany B Roslee Noor, blog ini masih lagi bertahan sebagai salah satu medium maya rasmi selain wujudnya dua medium lain iaitu yahoo group dan facebook group.

Blog batch tetap memiliki keistimewaan dan fungsinya yang tersendiri, mungkin tidak sama dengan yahoo group mahupun facebook group, namun keunikannya tetap ada dan tidak akan hilang.

Tanggungjawab untuk menguruskan blog ini diletakkan kepada saya sendiri, Amirul Zuhri bin Zulkipli dan dibantu oleh saudari Fatimazuz Zahra binti Azmi dengan pemantuan oleh ajk multimedia batch. Tanggungjawab yang berat ditambah dengan kekurangan ilmu dan pengalaman dalam dunia blog, apatah lagi menguruskan blog rasmi batch sangat mencabar keupayaan dan kemampuan diri.

Seperti yang sedia maklum, blog batch diletakkan di bawah skop tugas unit multimedia batch, maka dengan pelantikan Ahmad Saifullah bin Muhamad Fauzi dan Najwa Syafiqah bt Rosli sebagai ajk tersebut bagi sesi baru 2011/2012, mereka berdua akan bertanggungjawab ke atas perjalanan blog ini mulai hari ini. Kami sebagai krew blog Gen 08 sesi 2010/2011 akan mengundur diri dan saudara Saifullah dan saudari Najwa akan mengambil alih pengurusan blog ini.

Kami memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan, kesilapan mahupun segala kelemahan yang timbul sepanjang kami menguruskan blog ini. Kami berharap agar ajk baru akan mampu menguruskan blog ini dengan lebih cemerlang dan mantap, insyaAllah. Kami seluruh warga Gen 08 akan menyokong kalian seratus peratus dan sepanjang masa.

Kami dengan rendah diri mengundur diri darip pengurusan blog batch Gen 08 ini. Semoga blog batch Gen 08 terus gemilang pada masa hadapan.

Sekian, wassalam

Amirul Zuhri bin Zulkipli,
[Ketua admin blog, 2010/2011]

Fatimazuz Zahra binti Azmi
[Timbalan admin blog, 2010/2011]

3 comments:

terima kasih jugak dkt amirul, ima dan AJK Multimedia 2011/11. blog batch mmg merupakan antara media penting dalam menyampaikan maklumat dan berita terkini. syukran sbb sudi jaga amanat ni dgn baik. tahniah diucapkan. ^^

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More