Friday 22 April 2011

MEMBINA RANTAI UKHUWAH, MELAKAR SATU SEJARAH

KHAMIS, 14 April – Sekurang-kurangnya seramai 18 pelajar Malaysia dan 19 pelajar Mesir tahun 3 bidang perubatan, Universiti Kaherah, telah menyertai satu perlawanan persahabatan bola sepak yang diadakan di Markaz Syabab, Zenhom. Perlawanan persahabatan ini merupakan perlawanan pertama yang diadakan melibatkan pelajar kedua-dua negara itu. Hasil perbincangan daripada beberapa wakil pelajar Malaysia dan pelajar Mesir, perlawanan seperti ini dilihat sebagai satu langkah pertama untuk merapatkan hubungan antara pelajar kedua-dua buah negara serta merapatkan jurang yang sekian lama telah wujud.

Sesi dimulakan dengan upacara beramah-mesra antara pasukan Malaysia dan pasukan Mesir. Kesemua pemain dilihat mudah mesra dan seakan-akan telah lama kenal walaupun ini merupakan perjumpaan pertama buat mereka. Kemudian, kesemua pemain berkumpul bagi sesi fotografi sebelum perlawanan dimulakan.




Sebelum perlawanan dimulakan, pasukan pertama daripada pasukan Malaysia dan Mesir telahpun beratur di tengah padang. Beberapa ketika kemudian, lagu Negaraku mula berkumandang dan dinyanyikan dengan penuh semangat oleh pasukan Malaysia yang berjersi serba kuning. Kesemua pemain bertepuk tangan sebaik sahaja lagu Negaraku habis dinyanyikan, kemudian diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan Mesir oleh pasukan Mesir. Kesemua pemain dari kedua-dua pasukan bersalaman dan perlawanan dimulakan.


Nyanyian lagu kebangsaan "Negaraku"


Nyanyian lagu kebangsaan negara Mesir


Pertukaran cenderahari antara kedua-dua negara sebelum sepak mula

Pasukan Mesir memulakan aksi dengan garang apabila menyumbat 2 gol dan pasukan Malaysia dilihat seakan lambat panas dengan ketinggalan 2 gol. Namun, pasukan Malaysia berjaya bertahan dan tidak membiarkan tiang gol dibolosi lagi oleh para pemain pasukan Mesir.


Pasukan Malaysia mengawal bola


Pemain simpanan dan penyokong pasukan Mesir


Pasukan Malaysia melakukan serangan

Babak kedua menyaksikan beberapa pertukaran telah dilakukan oleh Pasukan Malaysia dan perancangan semula strategi telah dilakukan. Ternyata strategi baru yang dilakar itu berkesan apabila pasukan Malaysia mula menyumbat beberapa gol dan memberikan persaingan yang sangat sengit. Walaupun pada mulanya, beberapa orang daripada pelajar Malaysia cuba memberikan alasan dengan membandingkan saiz pasukan Malaysia yang lebih kecil, perangai orang arab yang ganas dan leceh, namun, alasan seperti itu tidak sedikit pun melunturkan semangat pemain-pemain Malaysia yang berani turun ke padang dan berhadapan dengan pasukan Malaysia. Bahkan, pelajar yang memperlekehkan dan tidak turut sama dalam padang dilihat tidak berani untuk berhadapan dengan sesuatu cabaran dan hanya mampu bercakap di luar gelanggang. Syabas diucapkan kepada yang telah hadir.


Serangan bertali arus penyerang pasukan Mesir


Ketangkasan penjaga gol Malaysia banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi pihak lawan

Selepas perlawanan tamat, semua pemain berkumpul untuk sesi yang seterusnya. Wakil daripada kedua-dua buah pihak telah memberikan sedikit ucapan. “...I hope, program like this is not the end, but it’s only the beginning of our relationship...” Begitulah harapan yang disampaikan oleh Mohd. Nazrin.  Kesemua pemain mula memperkenalkan diri masing-masing antara satu sama lain. Ternyata orang arab bukanlah seburuk yang disangka seperti yang digembar-gemburkan. Tepatlah kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”. Peluang untuk bertemu dengan bangsa lain, berkenal-kenalan dan merapatkan tali silaturahim sememangnya dinantikan oleh semua.


Sesi penutup 


Ucapan wakil pelajar Malaysia


Ucapan wakil pelajar Mesir

Di samping dapat mengenali sesuatu kaum itu dengan lebih dekat, kita juga telah berjaya menjalinkan hubungan baik antara kedua-dua buah negara dan meluaskan rangkain sosial. Program diakhiri dengan sesi pengambaran dan bertukar emel dan nombor telefon. Syabas sekali lagi diucapkan kepada semua yang dapat hadir. Semoga program dua hala ini dapat dijalankan pada masa akan datang.


Gambar kenangan


Jumpa lagi dalam perlawanan akan datang !!!

Laporan oleh:


-spinothalamic-  


Laporan disunting oleh:


Admin 1

3 comments:

Bak kata Vince, Juara Akademi Fantasia 1

"kita semua adalah pemenang, tiada pengalah..."

=)

kalah erk..hehe
btw,korang kalah game, tp korang mnang smngat
nice post.. series jeles..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More