Sunday 2 January 2000

Panduan proses peminjaman dan pemulangan buku Pustaka Nexus

1. Proses peminjaman dan pemulangan buku adalah tanggungjawab pemilik buku dan peminjam. Bagi sesiapa yang berminat untuk meminjam buku, boleh merujuk terus kepada pemilik buku.

2. Peminjam buku bertanggungjawab atas buku yang dipinjam:
    - Buku tidak dikoyak, diconteng, dilipat, diwarnakan menggunakan highlighter
    - Menggunakan penanda buku
    - Tidak membuka seluas-luasnya buku semasa membaca. Hal ini menyebabkan buku tidak dapat ditutup     dengan kemas


3. Tidak membawa mahupun membaca buku di dalam tempat yang kurang sesuai, contoh; bilik air.


4. Tidak membiarkan buku basah sama ada tidak sengaja (kopi tertumpah) atau sengaja (membasuh buku).


5. Peminjam buku tidak dibenarkan sama sekali meminjamkan buku kepada pihak ketiga.


6. Tempoh pinjaman buku adalah digalakkan tidak terlalu lama, bagi memberi peluang sama rata kepada orang lain. Cadangan tempoh maksimum pinjaman buku adalah selama seminggu.


7. Buku yang dipinjam adalah tanggungjawab penuh peminjam. Jika berlaku sebarang kerosakann pada buku atau menghilangkannya secara sengaja atau tidak sengaja, peminjam dan pemilik buku hendaklah menggunakan budi bicara masing-masing bagi menyelesaikan perkara tersebut.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More