Monday 12 September 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU !

KAHWIN - KAHWIN - KAHWIN

Alhamdulillah, dalam tempoh cuti musim panas kali ini kita diserikan dengan perkhabaran yang cukup menggembirakan buat semua.

Firman Allah Taala bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).

Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai Gen 08 yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dalam tempoh cuti kali ini.

ENGKU MUHAMMAD FAHMI BIN ENGKU ABDUL RAHMAN dan pasangan NURUL SAKINAH BINTI ARIFFIN



MUHAMMAD HILMI BIN HUSMAN dan pasangan RAIHANAH BINTI SUPARMAN




Sabda Nabi Muhammad S.A.W
"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."

Semoga bait muslim yang kalian dirikan dipenuhi dengan mahabbah dan kasih sayang yang kekal abadi antara hati si suami dan hati si isteri, insyaAllah..

Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir.
[Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan]

Pasangan-pasangan yang secara rasmi telah bergelar suami isteri dalam kalangan sahabat Gen 08:

ENGKU MUHAMMAD FAHMI BIN ENGKU ABDUL RAHMAN dan NURUL SAKINAH BINTI ARIFFIN



MOHAMED SHAFIQ BIN MOHAMED RUSDI dan NAJWA SYAFIQAH BINTI ROSLI



ANAS BIN KASRAN dan NOOR SYAKIRAH BINTI ROSLI



MUHAMMAD HILMI BIN HUSMAN dan RAIHANAH BINTI SUPARMAN



Semoga sahabat-sahabat sentiasa dilimpahi barakah dan rahmat Allah s.w.t dalam mengharungi kehidupan berumah tangga serta bercintalah keranaNYA hingga ke syurga, insyaAllah, amin...

p/s: dah ramai dah tu, rasa-rasa sape pulak lepas ni yang nak menyusul mereka di atas ye ?? hikhik  

~HOLDING HANDS TOWARDS ONE DESTINY~

Ikhlas dari kami, krew blog Gen 08

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More